CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 18, 2009

MARHABAN YA RAMADHAN...
Salam pertemuan dikali ini..terlalu lama rasanya ruangan ini dibiarkan kesepian tanpa sebarang coretan yang mampu aku ukirkan.Mungkin jua disebabkan kesibukan tugasan dan tanggung jawab ku sebagai mahasiswi disini.Sememangnya sejak akhir-akhir ini terlalu suntuk waktu yang aku miliki.Apatah lagi musim peperiksaan pertengahan semester jua akan menjelang tidak berapa lama lagi.Aduhai masa....terlalu cepatnya terasa putaran bumi ini.Bagaikan masa yang Allah berikan tidak pernah mencukupi.Adakah ini dugaan seorang hamba Nya yang mana sering dihimpit kesibukan waktu mengejar duniawi??Subhanallah..Sememang nya masa yang aku peruntuk kan sebagai hamba Nya terlalu sedikit berbanding waktu yang aku luang kan pada agenda-agenda ku tersendiri.Mungkin penulisan ku pada kali ini lebih kepada muhasabah atas diriku sendiri.Sepangjang semester ku pada kali ini terlalu penat dan masa yang ada memang tak cukup.Byangkan sahaja aku punyai kuliyah pada awal 10pagi dan kuliyah ku yang terakhir juga adalah pada jam 10malam...maka sama-sama lah bayangkan bagaimana perasaan aku ketika itu.Pulang sahaja aku punya aktiviti yang lain yang perlu aku lunas kan.Tambahan pula assignment atau kerja kuliyah ku jua semakin hari semkain bertambah.Sehingga kan tarikh hantar nya berturutan.Adehh...terasa sesak nafas...mintak nyawa...mintak nyawa...hahahah...Sekarang ini tak seberapa lama sahaja lagi umat Islam akan sama-sama menyambut kedatangan nya Ramadhan al-mubarak....Masya Allah...telah datang kembali bulan yang penuh kebarakatan...Bulan yang sangat aku rindui....Bulan yang penuh dengan kedamaian.Aku harap kita dapat sama-sama mengutip azimat-azimat mutiara pada bulan barakah ini...Marhaban ya Ramadhan...fadhilat dan manfa'ah nya terlalu banyak pada bulan ramadhan.Tiba-tiba teringat pula zaman-zaman yang aku lalui sepanjang bulan ramadhan.Masa-masa lampau yang sangat gembira bersama teman-teman yang aku rindui.Tapi itu semua hanya tinggal kenangan yang mampu aku simpan sebagai memori terindah yang aku miliki...Dimana segala yang aku lalui indah dan menyeronokkan.Kini kehidupan yang aku lalui jua menyeronokkan dan aku sangat gembira dengan kehidupan ku.Walau pelbagai dugaan dan masalah silih berganti datang aku tetap gembira.Selagi masih ada hayat ini gembira lah dengan nikmat kehidupan yang Allah berikan.Bukan lah coretan ku pada kali ini sebagai ceramah atau syarahan agama yang tercoret dengan secara tidak langsung tetapi lebih pada luahan dan ingatan untuk diri aku sendiri.Dimana aku ingin memperbaiki diri aku sendiri.Entah lah...makin hari aku terasa banyak sangat silap dan salah aku lakukan.Terasa banyak dosa-dosa yang makin bertambah.Justeru itu, aku rasa perubahan dan anjakan perlu aku lakukan dimasa ada kesempatan lagi.Sehingga disini dahulu coretan aku pada kali ini....berjumpa lagi dilembaran yang akan datang...salammun'alaik