CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 24, 2009

SEMESTER BERMULA... salam...bertemu lagi diruangan ini...agak lewat jua aku memulakan penulisan untuk semester pengajian ku yang baru.Sedangkan sudah pun dua minggu telah aku lalui perjalanan disemester yang baru ini...hahaha baru sahaja melangkau ke tahun kedua pengajian....Terasa lama lagi sahaja pengajian ku akan tamat...adehhh...subjek pengajian aku terlalu banyak tambahan disini...tambahan pula sistem pembelajaran aku berbeza disini.Perkara ini dinyatakan oleh pensyarah-pensyarah aku juga.Sepanjang dua minggu permulaan semester aku, sudah terasa bahang kesibukan dan kepadatan jadual aku pada kali ini.Ini belum lagi termasuk dengan kelas-kelas tambahan dan kelas ganti yang akan menyusul tidak berapa lama lagi.Ha...lupa pula tambahan untuk latihan-latihan sukan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang lain nya...adehhh...mintak nyawa...heheheh...Sememang nya diri aku tak pernah lekang dari kesibukan yang aku sendiri cari.hahahah....Sebenarnya tidak pula aku terfikir dan menjangka bahawa persatuan dan kelab yang aku sertai itu terlalu banyak.Tetapi apabila sudah tiba waktu pelbagai aktiviti yang berkaitan persatuan dan kelab mula bermula barulah terasa kesibukan dan kepadatan waktu yang aku miliki.huhuhuhu...tuh lah masa buat tak fikir...heheheh...Walaubagaimana sekali pun ini merupakan cabaran untuk aku mendisiplin kan lagi diri aku dan mengajar aku untuk mengurus masa dengan lebih berkesan dan sistematk...cewahh... hehehe...rasa nya cukup lah dahulu coretan aku pada kali ini.Semoga bertemu lagi di halaman dan coretan yang akan datang...salammun'alaik...

Tuesday, July 21, 2009

MUSIBAH.... Apakah yang akan kita lakukan jika ditimpa sesuatu musibah? Musibah ialah apabila sesuatu perkara yang buruk berlaku menimpa kita. Misalnya ahli keluarga kemalangan, barang berharga dirompak, anak terlibat dengan dadah dan sebagainya. Apakah yang akan kita perbuat ketika itu? Adakah kita akan mengambil sikap menceritakan kepada semua orang yang berjumpa kita? Adakah ketika itu pun kita pun mempamerkan sikap kecewa, tidak berpuas hati dan kesedihan atas apa yang telah berlaku. "Barang saya hilang.....anak saya terlibat dengan dadah..." dan sebagainya.Sikap suka menceritakan kesusahan atau musibah yang menimpa diri secara tak langsung memperlihatkan sikap kita memprotes takdir Tuhan. Apakah dengan sikap suka menceritakan kesusahan ini boleh menyelesaikan masaalah? Sejauh mana kawan-kawan yang mendengar dapat menolong sedangkan mereka juga makhluk Allah yang juga banyak masaalahnya.Sekiranya kita ditimpa musibah, tempat yang paling baik kita mengadu ialah kepada Allah SWT. Kita bangun malam, bersolat tahajud. Kemudian menangis dan merintih kepada Allah kerana Dialah sebaik-baik tempat pengaduan. Kita mesti yakin Dia sahaja yang dapat menolong. Oleh itu, apabila ditimpa musibah, sebutlah seperti apa yang Allah firmankan di dalam Al Quran iaitu: orang-orang yang ditimpa musibah mengucapkan "INNALILAHI WA INNA ILAHI RAAJIUN" (Surah Al Baqarah : Ayat 156). Nabi juga berpesan jika ditimpa musibah, supaya ditambahkan pula dengan doa: "Ya Allah, berikanlah kepadaku pahala dalam musibah ini, dan gantikanlah aku dengan yang lebih baik daripadanya".Malangnya zikir ini disalah ertikan. Ramai dikalangan kita membaca zikir ini ketika diberitahu tentang kematian sesaorang, sedangkan kita boleh membacanya apabila ditimpa musibah dalam bentuk lain.Pernah Ummu Salamah yang telah tua (hampir 70 tahun) kematian suaminya Abu Salamah. Dia merasa sungguh sedih kerana terlalu sayang kepada suaminya ini. Siang dan malam matanya tidak boleh tidur. Tiba-tiba dia teringat suaminya pernah memberitahu, jika ditimpa sesuatu musibah Nabi Muhammad SAW mengajarkan membaca zikir seperti disebutkan tadi. Ummu Salamah terus membacanya siang dan malam. Selepas habis edahnya, dia dilamar oleh Syaidia Abu Bakar r.a, tetapi ditolaknya.Kemudian Ummu Salamah dilamar Syaidina Umar Ibni Al Khattab, namun dia menolak lamaran itu. Akhirnya Rasulullah menghantar orang untuk melamarnya, namun dia menolak dengan alasan sudah terlalu tua, ramai anak dan pencemburu orangnya. Namun Rasulullah tidak keberatan, mka berlangsunglah perkahwinan Ummu Salamah dengan manusia yang paling baik didunia sebagaimana permintaannya di dalam zikirnya sebelum ini.Oleh itu, sekiranya kita ditimpa musibah, bersabarlah dan redha disamping membaca zikir tadi. Yakinlah bahawa Allah sentiasa mendengar apa yang terlintas dihati kita dan sentisa bersama kita. *sekadar sedikit ilmu untuk aku berkongsi bersama diruangan ini sebagai ingatan dan petunjuk bagi kita semua..mudah-mudahan sama-sama lah kita dapat menjadi muslim yang baik..insya allah...yelah kan kita ni tidak terlahir dengan terus menjadi muslim yang baik tapi kita kena juga berusaha untuk menjadi muslim yang baik.walaupun bukan secara keseluruhan sekurang-kurangnya semampu yang mungkin untuk kita menjadi umat nabi Muhammad yang baik...amiinn...

Wednesday, July 15, 2009

INDAH NYA.... Ya ALLAH....jika aku jatuh cinta.... Cintakanlah aku pada seseorang... Yang melabuhkan cintanya pada MU. untuk mencintai MU.... Ya ALLAH...jika aku jatuh cinta.... Jagalah cintaku padanya... Agar tidak melebihi cinta ku pada MU... Ya ALLAH...jika aku jatuh cinta... Izinkanlah aku menyentuh hati.... Seseorang yang hatinya tertaut pada MU.... Agar tidak terjatuh aku dalam jurang semu.... Ya ALLAH...jika aku jatuh cinta... Jagalah hatiku pada nya.... Agar tidak berpaling dari MU.... Ya ALLAH...sesungguhnya aku bermohon.... Pada MU untuk selalu mencintai MU....