CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 18, 2011

Kisah seorang teman

Hello…hello….Malaysia!!!!hahahaha…. Ada macam DJ Radio tak?? (hahaha…Berangan tak menentu pulak!!)
Actually, tiba-tiba sahaja datang idea yang mencurah-curah bagaikan ke ladang gandum!!(iklan coco crunch!!) Sekadar suatu perkongsian cerita dan tempat aku membebel….hahahaha….Membebel pada orang nanti orang marah dan meluat pula jadi aku gunakan sahaja medium ini untuk membebel…(bijak kan???hahahaha)
Apa yang aku cuba nak kongsikan disini pada kali ini adalah pengalaman seorang teman ku. Baru-baru ini dia mengadu perihal seorang temannya yang mana dia rasa sakit hati dan marah. Jadi, selaku help center yang bertugas…(hehehehe…) aku mendengarkan luahannya. Teman yang kawan aku maksudkan disini adalah ‘teman istimewa’..(ehemm..ehemmmm…faham-faham sahajalahhhhh).
Ceritanya begini, kawan aku ni jenis yang sporting dan caring sangat pada ‘si taman hati’. Dia seorang awek yang sungguh memahami. Tidak pernah merungut dan sentiasa memberi sokongan buat ‘si taman hati’. Namun, ‘si taman hati’ ni pula mengambil peluang dan kesempatan ini untuk menipu. Sebenarnya sebelum-sebelum ini pun pernah juga penipuan terjadi dan kawan aku ni pun tahu yang ‘si taman hati’ ni menipu. Disebabkan rasa sayang dia biarkan sahaja kerana dia pasti dan yakin suatu hari akan terbongkar juga.
Al-kisahnya, ‘si taman hati’ dah lama tak contact dengan kawan aku ni dengan alasan dia tersangat sibuk (kalahkan PM Papua New Ginny). Kawan aku ni pun tak kisah la….Yerlah nak jadi girl yang paling memahamilah katakan. The best word yang ‘si taman hati’ ni bagi bila ada suatu hari dia contact: “sorry sayang…I busy sangat sekarang ni macam-macam benda I nak kena settle.Penat sangat.” Kononnya sejuklah hati member ni…hahaha…*my comment: such a freaking attitude. Takut kantoiiii lah tu. Iyerlah dengan tiba-tiba sahaja nak message macam tu. Before this, my friend text dia sekalipun tak ada nak reply. Then, tak ada angin tak ada ribut suddenly message macam tu??? See?? Helloooo…kalau nak cover temberang pun tak perlu lah sampai nak menggelabah berok macam tu sekali…So lame~
Then,’si taman hati’ pun terus message konon-konon nothing happen. Drama diteruskan sahaja message buat-buat macam ramah. Memang nampak sangat plastic okey!!!But aku dengarkan sahaja tak berani nak komen lebih. Hal rumah tangga orang…hahahaha (dalam hati puas cakap dah kena bodoh macam tu pun masih nak sayang??) Yang paling best ada suatu hari tu kami terserempak dengan ‘si taman hati’ bersama kawan-kawan terbaiknya pergi makan tempat yang sama pulak tu. Dah memang Allah nak tunjuk kalau menipu tak kemana pun kesudahannya. Pasti kebenaran terbongkar juga. Kawan aku ni tegur member pada ‘si taman hati’ yang kebetulan memang kenal tapi tak perasan yang ‘si taman hati’ di belakang dia sahaja. After that, bila ‘si taman hati’ pusing je dan tanya: “eh? Sape ni? Oh you ke..” bersama muka selamba dan kereknya.(hahahahaha….konon busy tahap tak hengat tapi boleh je keluar berpoya-poya dengan kawan-kawan ber-shopping bagai!!!shitt!!) Kawan aku ni punyalah control cool tetap senyum je…Sudah la tegur pun macam nak tak nak lepas tu blahh je tanpa ucap apa-apa…WHAT THE HELL???!!! (apesal aku pulak yang emosi??hahaha…terbawa-bawa dengan jalan cerita pula)
Last sekali, beberapa hari lepas terserempak dengan seorang lagi member ‘si taman hati’ ni….Just say hi dan bertanya khabar sebab dah lama tak nampak. Suddenly, member ni terkantoikan pulak pasal ‘si taman hati’. Dia tanya macam ni: “Eh,you masih dengan dia lagi ke? Apesal hari tu I buat birthday party you tak join sama? I was invited tau semua kawan-kawan. Your boy and friends datang.” See??? Kata sibuk sampai tak ada masa nak contact. Kan dah pecah….hahahahahaaha!!!!Padan muka kau Meon!!!(bukan nama sebenar) Itulah nak sembunyi sangat apa yang kau buat kan. Bercakap benar sahaja kan boleh. Sekali kantoiii…haaaa…But kawan aku senyum jeklaaa….Then cakap: “Eh?yeke?I sibuk masa tu…That’s why tak dapat nak join. Sorry tau and happy belated birthday.” Ohhhh Mannnnn!!!!Sungguh la angle kawan aku sorang ni. Aku pulak yang terasa nak meletop!!!Dan ‘si taman hati’ tu pun masih tak tahu lagi yang awek dia dah tahu.
Apa yang boleh aku komen dari kisah teman aku ni ialah kenapa kita kena menipu?Korang rasa best sangat ke jadi penipu?Maybe best lah sebab kita boleh reka dan susun jalan cerita tu bagi cantik dan indah. Tapi sampai bila? Hati seorang penipu takkan pernah tenang kerana dia sendiri akan takut dengan bayang-bayangnya, takut jika penipuannya terbongkar dan dia harus memikirkan lagi penipuan apa yang perlu dia reka bagi menyelamatkan dirinya. Allah pasti akan buka kebenaran cerita dengan apa cara sekalipun. Dan kasihan buat ‘si jujur’ yang sentiasa jadi makanan buat ‘si penipu’. Sudah-sudahlah tambah dosa tu dosa yang dah sedia ada pun tak tertanggung. Fikir dengan matang jangan nak jadi childish sangat. Sebab kadangkala kita hanya nampak orang lain yang childish tapi tak sedar diri sendiri lebih dari childish. Have a nice day (^_^)

Sunday, October 16, 2011

Emosi

haiiiii....cewah!!!hahaha...lama gak aku tak hapdate page aku ni kan...al-maklumlah ade sedikit ke-busy-an sekarang ni...
By the way...entri aku pada kali ni pasal emosi...hahaha aku baru belajar jadi manusia kot sebab tu baru rasa emosi...hahaha Hormon dalaman yang kurang stabil mungkin...
Lately ni aku memang agak terasa dengan banyak benda...even pada benda yang remeh pun aku akan terasa...aku tak pastilah kenapa...(agak musykil dengan diri sendiri jugak!!)
Selama ni aku tak pernah pulak nak emosi or sensitif pada siapa-siapa pun...Even orang kutuk aku ker...hina aku ker...marah aku ker...takda effect pun kat hati aku..(sejak bila aku ade hati???)
Mungkin ini semua salah aku juga...Yerlah kadangkala kita tak perasan kelakuan kita yang mungkin buatkan orang disekeliling kita rasa jengkel...rasa meluat...rasa menyampah... And I know that I'm not perfect.
Tapi...jika memang aku ada buat silap pada siapa-siapa yang mengenali aku yang hina ini harap dimaafkan yer... Harap beritahulah ape kesalahan yang aku dah buat takda lah nati masing-masing tambah dosa... Yerlah yang satu pihak boleh buat syak wasangka yang silap dan satu pihak lagi tambah dosa dengan mengumpat cerita pada orang lain sana sini...
Anyway....memang aku rasa aku bukan diri aku yang sebenar jek lately ni... Isshhh... Aku tak suka betol jadi orang yang hormon tak stabil...
Apepun aku akan tetap tersenyum dan ketawa menghibur orang yang ada disekeliling aku.... Ape yang aku rasa dan aku alami biar aku sahaja yang pendamkan...Lagipun pada siapa aku nak bercerita??
Aku hanya mampu mengadu pada sang Pencipta...betapa pedih dan sayu hati aku sekalipun...Aku tahu Dia Maha Mendengar...
Buat teman-teman diluar sana aku mohon ampun dan maaf dunia dan akhirat atas segala yang terjadi disepanjang perkenalan kita... Aku hanya insan hina yang tak punyai apa-apa... Aku hanya ada kesetiaan dan ingatan untuk menjadi teman...Aku tak punya wang ringgit mahupun harta yang berjuta...
Maaf sekali lagi...Semoga kita bertemu lagi...Insya Allah

Thursday, October 6, 2011

Laungan

Sebuah senyuman
Segaris impian
Semanis lakaran...
Hanya penyelubung rasa
Pelindung gelora...
Mata itu...
Mampu melihat dasar jiwa ini...
Mampu menyelam gelodak hati ini...
Tubir mata ini tidak mampu lagi untuk melimpahkan duka yang tersimpan
Erti hidup ini umpama suram
Teman datang dan pergi
Hari ini janji manis bersama mu..
Esok hari hanya senyum manis sambil berlalu pergi
Kemudian hari hanya tinggal kenangan buat sendri
Tanpa mereka ingati lagi siapa diri ini...