CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 23, 2009

PERTEMUAN...
salam....ah...long time this site had been so empty with my idea...ehehe...actually i'm really busy with my entire life as a student mostly...hmmm...terlalu lama tiada sebarang penulisan ataupn coretan..mudah nya banyak sangat urusan yang perlu aku luntaskan...
apatah lagi semester ini banyak sungguh cabaran dan dugaan yang aku perlu tempuhi....
ape lagi yang perlu aku lakukan selain daripada menghadapi nya walaupun terlalu banyak pahitnya.....ini lah dia kehidupan....
masya allah....
kadangkala sukar juga kan utk tiap org berlaku jujur pada kita???aha...
suatu pengajaran buat ku...kerna tidak semestinya ape yang kita lakukan pada org lain
dgn ikhlas dan jujur tak semestinya org tu akn membalas dgn baik nya...
lebey kureng senang ckp hya balasan Allah shj yg pasti...
hmmm...pe yg lbh tepat skang neh aku rasa sgt kecewa...patah hati...
sume rasa ada...sbb kn 'seseorang'....
yang pada aku....aku percaya kn 'dia'.....tp aku silap langkah ku di situ...
janji manis yang hya mainan bibir selama ini....
bukan aku terpedaya tp aku kcwa kerana dia yg lakukan....
setelah rasa percaya aku curah kn...
kdgkala aku jadi terlalu putus asa....tp siapa yg peduli dgn ape yg aku rasa...
aku harap dia terus bhgia dan berjaya...
mungkin ada hikmah yg Allah selitkn utk aku....
Ya Rahman....tenangkn jiwa ku....tenangkn hati ku....
berikn aku petunjuk Mu....
aku harap 'dia' akan sedar dgn ape yg aku rasa...
tp yg pasti 'dia' takkan membaca penulisan ku...

Sunday, October 4, 2009

SALAM LEBARAN....
salam lebaran buat semua....rasa nya masih belum terlambat utk aku ucapkan salam lebaran maaf zahir dan batin buat semua umat Islam....yelah raya kan sebulan maka sebulan gak lah aku leh tuntut duit raye....hahaha...layak ker???
hmmm....ape yang menarik pada raya kali ni?bagi aku raya kali ni takda yang menarik dan terasa sunyi lagi suram....mungkin inilah dugaan buat aku yang Allah beri...walau apa pun dugaan dan cabaran yang Allah beri pada aku....aku tetap bersyukur dengan segala yang terjadi.Kerana bagi aku pasti ada hikmah yang tersurat lagi tersirat yang Allah beri utk aku...
Aku sbg hamba Nya kena mencari dan berfikir apa yang cuba Allah sampaikan dlm kehidupan yang aku lalui.Sebagai umat Islam kita kena anggap dugaan dan masalah tu sbg satu tanda yang Allah syg pada kita...Allah menguji hamba Nya dgn dugaan utk mengukur ditahap mana kita terus bersama dgn Nya..
Sesungguhnya Allah beri kan kita dugaan setimpal dgn kemampuan hamba Nya...Allah Maha Mengetahui apa yang terjadi dan apa yang akan terjadi...
Aku berharap sgt semoga bonda yang aku cintai akan cepat sembuh dan kembali pada sedia kala...aku masih mahu melihat indah senyum nya...riang tawa nya...hebat dan lincah pergerakan nya...bukan seperti sekarang...sungguh demi Allah aku tak mampu dam tak sanggup melihat bonda yang amat ku kasihi seperti sekarang...
Semester ini sememang nya sgt dan amat memenatkan...naik shja dari cuti raya yang agak lama tu aku terus diasak dgn pelbagai tugasan yang perlu dihantar...adeeehhhh....mintak nyawa...huhuhu...bkn ape terlalu banyak ni pun masih belum siap masih ada lagi yang kena perbetul...
haaa....tambah lagi satu masalah aku....
exam!!!!mid-term aku jek ada lagi 3paper lum settle...
yang sgt bgs nya ketiga tiga paper tuh akn ade exam dlm satu minggu...huuhhuhu...study lah wei!!!
penat plak terasa otak neh....xper lah ni semua ujian dan cabaran yang perlu aku tempuhi utk mencapai kejayaan...
Ya Allah beri kan lah aku kekuatan dan ketabahan menempuhi kehidupan ku ini....ammiinn...

Tuesday, August 18, 2009

MARHABAN YA RAMADHAN...
Salam pertemuan dikali ini..terlalu lama rasanya ruangan ini dibiarkan kesepian tanpa sebarang coretan yang mampu aku ukirkan.Mungkin jua disebabkan kesibukan tugasan dan tanggung jawab ku sebagai mahasiswi disini.Sememangnya sejak akhir-akhir ini terlalu suntuk waktu yang aku miliki.Apatah lagi musim peperiksaan pertengahan semester jua akan menjelang tidak berapa lama lagi.Aduhai masa....terlalu cepatnya terasa putaran bumi ini.Bagaikan masa yang Allah berikan tidak pernah mencukupi.Adakah ini dugaan seorang hamba Nya yang mana sering dihimpit kesibukan waktu mengejar duniawi??Subhanallah..Sememang nya masa yang aku peruntuk kan sebagai hamba Nya terlalu sedikit berbanding waktu yang aku luang kan pada agenda-agenda ku tersendiri.Mungkin penulisan ku pada kali ini lebih kepada muhasabah atas diriku sendiri.Sepangjang semester ku pada kali ini terlalu penat dan masa yang ada memang tak cukup.Byangkan sahaja aku punyai kuliyah pada awal 10pagi dan kuliyah ku yang terakhir juga adalah pada jam 10malam...maka sama-sama lah bayangkan bagaimana perasaan aku ketika itu.Pulang sahaja aku punya aktiviti yang lain yang perlu aku lunas kan.Tambahan pula assignment atau kerja kuliyah ku jua semakin hari semkain bertambah.Sehingga kan tarikh hantar nya berturutan.Adehh...terasa sesak nafas...mintak nyawa...mintak nyawa...hahahah...Sekarang ini tak seberapa lama sahaja lagi umat Islam akan sama-sama menyambut kedatangan nya Ramadhan al-mubarak....Masya Allah...telah datang kembali bulan yang penuh kebarakatan...Bulan yang sangat aku rindui....Bulan yang penuh dengan kedamaian.Aku harap kita dapat sama-sama mengutip azimat-azimat mutiara pada bulan barakah ini...Marhaban ya Ramadhan...fadhilat dan manfa'ah nya terlalu banyak pada bulan ramadhan.Tiba-tiba teringat pula zaman-zaman yang aku lalui sepanjang bulan ramadhan.Masa-masa lampau yang sangat gembira bersama teman-teman yang aku rindui.Tapi itu semua hanya tinggal kenangan yang mampu aku simpan sebagai memori terindah yang aku miliki...Dimana segala yang aku lalui indah dan menyeronokkan.Kini kehidupan yang aku lalui jua menyeronokkan dan aku sangat gembira dengan kehidupan ku.Walau pelbagai dugaan dan masalah silih berganti datang aku tetap gembira.Selagi masih ada hayat ini gembira lah dengan nikmat kehidupan yang Allah berikan.Bukan lah coretan ku pada kali ini sebagai ceramah atau syarahan agama yang tercoret dengan secara tidak langsung tetapi lebih pada luahan dan ingatan untuk diri aku sendiri.Dimana aku ingin memperbaiki diri aku sendiri.Entah lah...makin hari aku terasa banyak sangat silap dan salah aku lakukan.Terasa banyak dosa-dosa yang makin bertambah.Justeru itu, aku rasa perubahan dan anjakan perlu aku lakukan dimasa ada kesempatan lagi.Sehingga disini dahulu coretan aku pada kali ini....berjumpa lagi dilembaran yang akan datang...salammun'alaik

Friday, July 24, 2009

SEMESTER BERMULA... salam...bertemu lagi diruangan ini...agak lewat jua aku memulakan penulisan untuk semester pengajian ku yang baru.Sedangkan sudah pun dua minggu telah aku lalui perjalanan disemester yang baru ini...hahaha baru sahaja melangkau ke tahun kedua pengajian....Terasa lama lagi sahaja pengajian ku akan tamat...adehhh...subjek pengajian aku terlalu banyak tambahan disini...tambahan pula sistem pembelajaran aku berbeza disini.Perkara ini dinyatakan oleh pensyarah-pensyarah aku juga.Sepanjang dua minggu permulaan semester aku, sudah terasa bahang kesibukan dan kepadatan jadual aku pada kali ini.Ini belum lagi termasuk dengan kelas-kelas tambahan dan kelas ganti yang akan menyusul tidak berapa lama lagi.Ha...lupa pula tambahan untuk latihan-latihan sukan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang lain nya...adehhh...mintak nyawa...heheheh...Sememang nya diri aku tak pernah lekang dari kesibukan yang aku sendiri cari.hahahah....Sebenarnya tidak pula aku terfikir dan menjangka bahawa persatuan dan kelab yang aku sertai itu terlalu banyak.Tetapi apabila sudah tiba waktu pelbagai aktiviti yang berkaitan persatuan dan kelab mula bermula barulah terasa kesibukan dan kepadatan waktu yang aku miliki.huhuhuhu...tuh lah masa buat tak fikir...heheheh...Walaubagaimana sekali pun ini merupakan cabaran untuk aku mendisiplin kan lagi diri aku dan mengajar aku untuk mengurus masa dengan lebih berkesan dan sistematk...cewahh... hehehe...rasa nya cukup lah dahulu coretan aku pada kali ini.Semoga bertemu lagi di halaman dan coretan yang akan datang...salammun'alaik...

Tuesday, July 21, 2009

MUSIBAH.... Apakah yang akan kita lakukan jika ditimpa sesuatu musibah? Musibah ialah apabila sesuatu perkara yang buruk berlaku menimpa kita. Misalnya ahli keluarga kemalangan, barang berharga dirompak, anak terlibat dengan dadah dan sebagainya. Apakah yang akan kita perbuat ketika itu? Adakah kita akan mengambil sikap menceritakan kepada semua orang yang berjumpa kita? Adakah ketika itu pun kita pun mempamerkan sikap kecewa, tidak berpuas hati dan kesedihan atas apa yang telah berlaku. "Barang saya hilang.....anak saya terlibat dengan dadah..." dan sebagainya.Sikap suka menceritakan kesusahan atau musibah yang menimpa diri secara tak langsung memperlihatkan sikap kita memprotes takdir Tuhan. Apakah dengan sikap suka menceritakan kesusahan ini boleh menyelesaikan masaalah? Sejauh mana kawan-kawan yang mendengar dapat menolong sedangkan mereka juga makhluk Allah yang juga banyak masaalahnya.Sekiranya kita ditimpa musibah, tempat yang paling baik kita mengadu ialah kepada Allah SWT. Kita bangun malam, bersolat tahajud. Kemudian menangis dan merintih kepada Allah kerana Dialah sebaik-baik tempat pengaduan. Kita mesti yakin Dia sahaja yang dapat menolong. Oleh itu, apabila ditimpa musibah, sebutlah seperti apa yang Allah firmankan di dalam Al Quran iaitu: orang-orang yang ditimpa musibah mengucapkan "INNALILAHI WA INNA ILAHI RAAJIUN" (Surah Al Baqarah : Ayat 156). Nabi juga berpesan jika ditimpa musibah, supaya ditambahkan pula dengan doa: "Ya Allah, berikanlah kepadaku pahala dalam musibah ini, dan gantikanlah aku dengan yang lebih baik daripadanya".Malangnya zikir ini disalah ertikan. Ramai dikalangan kita membaca zikir ini ketika diberitahu tentang kematian sesaorang, sedangkan kita boleh membacanya apabila ditimpa musibah dalam bentuk lain.Pernah Ummu Salamah yang telah tua (hampir 70 tahun) kematian suaminya Abu Salamah. Dia merasa sungguh sedih kerana terlalu sayang kepada suaminya ini. Siang dan malam matanya tidak boleh tidur. Tiba-tiba dia teringat suaminya pernah memberitahu, jika ditimpa sesuatu musibah Nabi Muhammad SAW mengajarkan membaca zikir seperti disebutkan tadi. Ummu Salamah terus membacanya siang dan malam. Selepas habis edahnya, dia dilamar oleh Syaidia Abu Bakar r.a, tetapi ditolaknya.Kemudian Ummu Salamah dilamar Syaidina Umar Ibni Al Khattab, namun dia menolak lamaran itu. Akhirnya Rasulullah menghantar orang untuk melamarnya, namun dia menolak dengan alasan sudah terlalu tua, ramai anak dan pencemburu orangnya. Namun Rasulullah tidak keberatan, mka berlangsunglah perkahwinan Ummu Salamah dengan manusia yang paling baik didunia sebagaimana permintaannya di dalam zikirnya sebelum ini.Oleh itu, sekiranya kita ditimpa musibah, bersabarlah dan redha disamping membaca zikir tadi. Yakinlah bahawa Allah sentiasa mendengar apa yang terlintas dihati kita dan sentisa bersama kita. *sekadar sedikit ilmu untuk aku berkongsi bersama diruangan ini sebagai ingatan dan petunjuk bagi kita semua..mudah-mudahan sama-sama lah kita dapat menjadi muslim yang baik..insya allah...yelah kan kita ni tidak terlahir dengan terus menjadi muslim yang baik tapi kita kena juga berusaha untuk menjadi muslim yang baik.walaupun bukan secara keseluruhan sekurang-kurangnya semampu yang mungkin untuk kita menjadi umat nabi Muhammad yang baik...amiinn...

Wednesday, July 15, 2009

INDAH NYA.... Ya ALLAH....jika aku jatuh cinta.... Cintakanlah aku pada seseorang... Yang melabuhkan cintanya pada MU. untuk mencintai MU.... Ya ALLAH...jika aku jatuh cinta.... Jagalah cintaku padanya... Agar tidak melebihi cinta ku pada MU... Ya ALLAH...jika aku jatuh cinta... Izinkanlah aku menyentuh hati.... Seseorang yang hatinya tertaut pada MU.... Agar tidak terjatuh aku dalam jurang semu.... Ya ALLAH...jika aku jatuh cinta... Jagalah hatiku pada nya.... Agar tidak berpaling dari MU.... Ya ALLAH...sesungguhnya aku bermohon.... Pada MU untuk selalu mencintai MU....

Wednesday, May 27, 2009

KEMBALI SEMULA... Salam pertemuan lagi buat laman yg agak lama menyepi...hmmm....agak lama juga ruangan ini tiada penulisan.gara-gara kesibukan yg tak dapat ditahan dan dielakkan lagi maka ini lah yg yg terhasil.banyak perkara yg terjadi disepanjang penyepian ini.tapi segalanya lbh tertumpu pada kehidupan seorang atlit konon nya...hahaha...latihan ala neraka yg diterima sepanjang 2minggu cukup memberi impak yg sgt berkesan buat aku dan rakan seperjuangn yg laen.trimas yg tak terhingga buat jurulatih plus juruletih kami...heheheh...anyway she is the best ever coach we have.love u coach very strong!!hehehe...mmg sgt best lah coach kami.peningkatan dan perubahan yg terjadi pd team kami amat membangga kan.pujian demi pujian yg kami dgr dri skuad yg laen.satu pengalaman yg x kan mungkin dpt aku lupakn.namun ada juga kejadian yg menyedihkan buat kami satu pasukan apabila ramai antara kami yg mendapat kecederaan yg boleh juga diklasifikasikan teruk.hmmm....maka mmg xdapat disangkal lagi bahawa mmg hoki ni satu permainan pertaruhan diri.namun jika permainan yg betol apa yg berlaku pada kami xkn mungkin terjadi.lbh pd kes penganiayaan lah gak...namun kebanggaan masih terselit di hati kami pabila semangat juang kami x luntur walau hingga ke akhirnya.semangat yg kental ini lah yg sukar dicari dlm satu pasukan.walau kami tahu kami bukan tandingan dan tidak juga sehebat mereka,semangat yang ada sudah cukup membangga kan.kami dpt bermain dgn cukup bgs tanpa mmbwa sebarang masalah emosi walau ada gangguan psikologi yg mereka guna.hahahah.... So....ape pn yg dah berlaku kami jd kan sbg pengajaran di masa akn dtg.msh byk wktu lg utk kami perbaiki kelemahan yg ada hingga kami akan menjadi sebuah pasukan yg digeruni dan menjadi sebutan selalu....insya allah....

Monday, April 13, 2009

Hari terakhir ku.... salam...hari ini merupakan hari yang terakhir barangkali utk aku meluangkan masa dihalaman coretan ini..selepas ini mungkin tiada ms utk aku luangkan msa utk membuat coretan...(maybe terikut mmber2 bilik yg ader gak blog)...walaupn sbnr nya dah ader lama cuma malas utk selalu melayari internet...maklumlah takder wireless dlm bilik..nk ke cc duit tuh...bkn org senang nk tabur2 duit merata..hahahaha...trend kot ader blog ni.sbg satu medium utk mengutuk...(mungkin)...mengumpat..(mungkin)...menyindir...(mungkin)...byk kemungkinan terpulang kpd penulis blog tuh sndri...ader juga yg menjd kan sbg medium perkongsian ilmu..perkongsian pendapat...maka,terpulanglah kpd individu itu sndr menilai...biasalah penyakit orang melayu ni...pantang kena tegur sikit dah nk melatah..kadangkala bkn secara individual teguran tuh..tapi lbh pada ingatn secra menyeluruh..ingatan utk diri sendri tapi bak kata pepatah....sape makan cili terasa lah pedas nya..kalau kita xbuat atau kata-kata tuh takda kaitan dgn dri sndri xperlu lah nk melatah sgt...kan..apa shja yang ada dlm internet ni adalah hak milik umum...dan bkn kita seorang shj yang gna kan sesuatu service ataupun perkara laen yg berkaitan contoh nya blog ini...adakah jika anda juga membina sesuatu blog akan dikira meniru jejak langkah seseorang?sesuatu yang sgt kelakar..spt roomate ku yg selalu outspoken..(btol eh english aku)...ske nyer nk tiru i...hahahaha...tapi xdak lah pulak nk amik hati...biasa lah...mulut orang...masing2 ader hak nk berkata2...selagi masih mmpu berkata2..muhasabah lah diri sendiri lepas tuh kan...muhasabah...bkn sekadar permainan ungkapan yang indah utk menunjuk kan yg ak ni terlalu baek...(bak kata mmb aku...cam lah ko tuh baek sgt...)tapi nawaitu utk jd baik tuh tetap ada...sampai bila kita xnak berubah kan..makin hari usia makin lanjut..xkn lah xda niat nk berubah langsung kan..lbh pd ingatan utk diri aku..bkn lah utk mengutuk sesiapa..tapi lau ader yg terasa maaf lah...coretan ni secara rawak shj...aku tergerak utk memulakan penulisan blog apabila aku terlihat byk skali info ataupn dlm bhsa melayu nya...maklumat...yang aku dpt sepanjang pengajian ku disini..maka terlintas pula utk berkongsi dgn pembaca diluar.dan mungkin sekali aku dpt bertukar pandangan dgn mereka...seronok juga bila kembali menulis.zaman penulisan mmg dah lama dtinggalkan.dan aku juga xberapa nak minat sgt menulis..lebih pd mood..namun aku mula menyukai nya..dan rakan2 sekolah ku juga agak aktif dlm penulisan blog..dan ini suatu kelebihan utk aku saling bertukar cerita dgn mereka...walaupun aku baru shja memulakan nya...xmengapa...walau lambat tapi biar seiring... rasanya...sampai disini shja dulu penulisan ini...dilain masa(jika ada) aku akn menulis lagi...salam..

Wednesday, April 8, 2009

JANGAN BIARKAN ANDA BANYAK BICARA.... rembulan tertawa dan bintang-bintang bersorak-sorai... lalu mengapa kita biarkan kesedihan membunuh dan mencekik kita?? Jauhilah perselisihan atau diskusi buta dalam perkara-perkara yang masih bersimpang-siur.Sebab hal itu dapat menyempitkan dan menodai hati nurani.Janganlah cuba untuk memuaskan manusia dengan perkara-perkara yang masih banyak mengandungi perdebatan.Ungkaplah pemikiran anda dengan tenang tanpa tekanan, suara keras, dan wajah yang masam.Jauhilah banyak membantah dan banyak mengkritik.Hal itu akan membuat ketenangan hati mu hilang dan membuat wajah mu tidak baik.Ucapkan lah kalimah yang sopan dan penuh cinta jika kamu ingin menarik hati dan jiwa orang lain.Hal lainnya yang dapat mendatangkan kesusahan dan kesedihan pada diri anda adalah mengumpat orang lain, memperkatakan perihal mereka, mencela dan menghina mereka.Sikap seperti ini akan menghilangkan pahala, mendatangkan dosa, serta menjauhkan ketenangan dalam diri.Sibukkan sahaja diri anda dengan memperbaiki 'aib sendiri dan pedulikan 'aib orang lain.Sesungguhnya Allah tidak menciptakan kita maksum yang dimiliki ole RasulNya.Kita semua memiliki dosa dan 'aib, maka berbahagialah orang-orang yang sibuk dengan 'aib nya sendiri dan tidak mencampuri 'aib orang lain... actually,tajuk ni aku amik dri sebuah bku dan artikel ni pn dari buku tersebut.lau xsilap aku tajuk bku nya 'Jadilah Wanita yang Berbahagia'.part ni nmpak menarik so aku kongsi kan untuk semua juga sbg peringatan utk dri ak gak.maklumlah aku ni pn manusia gak.bak kata lecturer aku,we as a human being...should remembered who's create us and we stand in this world for the purpose...(btol ker english aku??maklumlah bodo sket orang kg jer...hahaha sekolah pn x abis).just utk muhasabah bersama..kata-kata peringatan dan nasihat kt dlm bku ni sgt bgs.try lah bace.byk lagi artikel yg menarik.ak ader amik utk aku sndri.xper nati aku post kan utk tatapan bersama.moga ilmu yang aku dpt boleh lah orang lain pn dpt.ustaz cakap lau ada ilmu sebar-sebarkan biar pahala berganda.hehehehe...lagi pn bkn rugi aper pn.kn... k harap kita sama-sama renungkan artikel ni bersama...
MUHASABAH CINTA KU..... wahai...pemilik nyawaku... betapa lemah diriku ini... berat...ujian dari Mu... ku pasrahkan senua pada Mu... Tuhan....baru ku sedar... indah...nikmat sihat itu... tak pandai aku bersyukur... kini ku harapkan cinta Mu... kata-kata cinta terucap indah... mengalir berzikir dikidung doa ku... sakit yang ku rasa biar...jadi penawar dosa ku.. butir-butir cinta air mata ku... teringat semua yang Kau beri untuk ku... ampuni khilaf dan salah selama ini Ya Illahi... muhasabah cinta ku... Tuhan... kuatkan aku... lindungi ku dari putus asa... jika...ku harus mati... pertemukan aku dengan Mu.... hayati lirik lagu ni...aku suke dgn lirik lagu ni.first time aku dgr lagu ni aku tertarik dgn melody nya yang tenang.actually, lagu ni lagu nasyid dari seberang.lau x silap penyanyi dye edcoustic then aku try dgr lirik lagu ni.walau pn ringkas tapi sedap di dgr penggunaan bhs yang indah.seronok gak dgr lagu-lagu nasyid ni.buat muhasabah diri gak.bkn kata tetiba nk jd alim pulak kan...tapi kna gak lah sdr dri ni saper...bg ak yang mmg ske music,ak xkesah music aper pn sumer aku layan.kdg2 ak ske dgr lagu based on lirik or melody.tapi skang ni ssh lah nk dgr lagu yang ikt taste aku lah kan..kdg2 dgr lagu tuh menyampah cam xder modal nk cipta lagu jer.ntah paper jer lagu nyer...bkn nk kutuk tp biar lah lagu yg ader quality sket.kna gak fikir kan naper org malaysia sndri ske dgr lagu dr luar compare to lagu local?so....renung2kan sbb nya... sometimes bkn sbb penyanyi tapi lbh pd lagu tu sndri...yg ader kekuatan.

Wednesday, April 1, 2009

EXAM FEVER.... salam....hye... arini saje je nk amik kesempatan luangkan kt ruangan ni...actually,skang ni tengah final exam week...so mmg agak busy and the important thing is...struggling..hehehe...cuak lah nk exam nih...huhuhuh...hope sgt dpt buat yg terbaik masa exam nati... nk ckp topik pe ek??hurmmm....ttg hati...per yg leh dkata ttg hati?? actually...ni lah masalh bsr dan amat rumit sekali....ntah lah..aku sndri pn ssh nk ckp apatah lagi nk terangkan.sebabnya...aku sndri bermasalah dgn bnda ni...hehehhehe...kdgkala hati ni ssh kita nk tafsirkan kehendaknya...kadangkala kita mahu...tapi dlm masa yg sama kita memberontak tak mahu...akal cakap tak perlu...tapi hati nak jugak...kadang kala diri tak nak...tapi hati masih rasa sayang....hai....hati...hati...mmg sukar di fahami kehendak nya...ape yang leh aku ckp...buat lah ikut kemampuan...jgn dipaksa sgt dan jgn diikut sgt....bak kata pepatah....ikut hati mati ikut rasa binasa ikut nafsu lesu...fikir2 kan lah pepatah ni...bkn saje2 jer org dulu2 kuar kan pepatah...bila difikirkan balik dan direnungkan...semua larangan dan tegahan nya ada mksud yang tersurat dan tersirat kt dlm nya...just kita tak nampak jer...tp lau kita ignore jer bnda2 tu...kita sndri boleh tgk akibat nya...mcm2 gejala sosial dan masalah yang timbul... ape yang lbh memeranjat kn aku ialah....surat khabar baru2 ni ada memaparkan kan satu berita yang aku anggap sgt2 diluar dugaan...apabila seorang remaja lelaki berusia 14tahun menjadikan dua org adik perempuan nya sbg hamba seks???!!!!sgt2 diluar batasan pemikiran....betapa remaja zaman sekarang ni terlalu advance...tapi bkn dalam perkara yang mampu dibangga kan....tapi perkara yang amat menjijik kan...sepatut nya,dia seorang abang yang menjadi teladan dan tempat adik2 menumpang nasib atau lbh kpd org yng bertanggungjawap utk adik2 di masa hadapn....tapi.....apa yang tejadi adalah mmg tak dapat diterima....seumpama binatang...sesama darah daging pun nak makan...hurmmmmm....ni lah mungkin tanda2 dunia dah akhir zaman... wahai teman2...marilah sama2 kita jadikan iktibar dan peringatan utk kita sendiri...renung2kan lah apa yang berlaku di muka bumi ni.... k GTG....salammun'alaik....

Sunday, March 29, 2009

Love.... salam...hye....today wanna shared to all of you about something I get...I think this kind of knowledge that very meaningfull to us...Let read together... Narrated An-Nu'man bin Bashir r.a: Allah's Messenger s.a.w said "You see the believers as regards thier being merciful among themselves and showing love among themselves and being kind among themselves resembling one body,so that, if any part of the body is not well then the whole body shares the sleeplessness(insomnia) and fever with it" so....let us think together what this hadith mean.... k salmmun'alaik...

Wednesday, March 25, 2009

TODAY...... Salam...hye...hari bertemu lagi pd ruangn ini..untuk hari ni rasanyer beban pd minggu ni dah tamat sket lah...sumer quiz dah settle.for my last quiz is business math....tapi xbaper nk puas hati sbb wat silly mistake...!!!!aaarrrgggghhhhh!!!!!tension!!!huhuhuh sedey lah...padahal leh jer skor utk full mark for the last quiz...xperlah...kna redha...pengajaran nyer...kna lah carefull bkn careless...hopefully sem ni lbh better dr sem yg lepas.walaupun banyak gak dugaan dan masalah yang menimpa sem ni but i have to survive for mylife...xder saper yang mmpu tlg kita if kita sendiri xnk tlg dri kita kan....ayat yang salu my dad pesan..so,sumer nye terletak pd dri sendiri...tepuk dada soal akal rujuk iman landas akidah.... Tadi pagi masa last lecture for IT class....ader lah sket pesanan akhir and kata2 azimat from my lovely and respected lecturer,Sir Abdul Jaleel Shittu...dye ni dari Nigeria..first class ngn dye dlu boring and tension gak sbb xbp nk faham per yang dye cakap sbb kan slang dye yg agak payah nk faham...but...lama2 sumer nye jadi okey...coz kna biasa kn dri dgn keadaan suma ni especially this is international university yang byk international student..so...communication is very important!study kt dlm ni pn mmg sgt mementingkn komunikasi...okey,balik pd topik asal...beliau ni baik walaupn awal2 agk menakutkan sket dgn cara dye yang agak skema...but pe yang dapat dinyatakan,lecturer foreigner ni sbnr nya baik and sgt memahami...dye akan try tlg student dlm pemarkahan lah...then dye akan guid smpai kita faham ape yang dye ajar.if ngantok dlm class dye pn dye xksh jnji dtg class.class td more like luahan perasan pn ader gak lah..dye mtk maaf kt ktowg sume..if dye ade wat slh or wat ktowg xselesa dgn cara dye...cam sedey pn ader gak...dye try smpaikan sket tazkirah gak...dye ckp kita ni human being jgn fikir during ramadhan(especially) or syawal baru nak fikir mtk maaf.dye suruh kita sbg umat Islam terutamanya jadikan ia sebagai amalan.kerana...kita xtau bila ajal tu akn smpai pada kita.if ajal smpai tnpa sempat kita mtk maaf atas segala yang pernah kita lakukan....penyesalan yang xkan berakhir dan xkan dpt diputar kembali... aper yang beliau smpaikan adalah sebagai peringatan...mmg sgt betol ape yang dye perkatakan...bayangkan kita mati sblm sempat mtk maaf...masya allah...suatu penyesaln yang xdpt digambarkan...so, ape yang aku dpt pd hari ini aku kongsi kan bersama yang lain....bak kata ustaz...ilmu yang kita ada hendak lah kita sampai2kan...itu pn dah dikira suatu ibadah dan salah satu cabang dakwah..pengaplikasian dari pembelajaran 'amar ma'ruf nahi mungkar.....kita mungkin bukan muslim yang terbaik...tapi kita berusaha utk jd yang paling baik utk diri kita sendiri...bkn nk tunjuk baik or tunjuk lagak...ini lbh pd ingatan utk diri aku gak... okey lah....time out...masa utk makan...hehehehe peyot ni dah lapau walaupn td time lunch dah melantak....hehehehehe... okey...salammun'alaik...