CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 24, 2009

SEMESTER BERMULA... salam...bertemu lagi diruangan ini...agak lewat jua aku memulakan penulisan untuk semester pengajian ku yang baru.Sedangkan sudah pun dua minggu telah aku lalui perjalanan disemester yang baru ini...hahaha baru sahaja melangkau ke tahun kedua pengajian....Terasa lama lagi sahaja pengajian ku akan tamat...adehhh...subjek pengajian aku terlalu banyak tambahan disini...tambahan pula sistem pembelajaran aku berbeza disini.Perkara ini dinyatakan oleh pensyarah-pensyarah aku juga.Sepanjang dua minggu permulaan semester aku, sudah terasa bahang kesibukan dan kepadatan jadual aku pada kali ini.Ini belum lagi termasuk dengan kelas-kelas tambahan dan kelas ganti yang akan menyusul tidak berapa lama lagi.Ha...lupa pula tambahan untuk latihan-latihan sukan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang lain nya...adehhh...mintak nyawa...heheheh...Sememang nya diri aku tak pernah lekang dari kesibukan yang aku sendiri cari.hahahah....Sebenarnya tidak pula aku terfikir dan menjangka bahawa persatuan dan kelab yang aku sertai itu terlalu banyak.Tetapi apabila sudah tiba waktu pelbagai aktiviti yang berkaitan persatuan dan kelab mula bermula barulah terasa kesibukan dan kepadatan waktu yang aku miliki.huhuhuhu...tuh lah masa buat tak fikir...heheheh...Walaubagaimana sekali pun ini merupakan cabaran untuk aku mendisiplin kan lagi diri aku dan mengajar aku untuk mengurus masa dengan lebih berkesan dan sistematk...cewahh... hehehe...rasa nya cukup lah dahulu coretan aku pada kali ini.Semoga bertemu lagi di halaman dan coretan yang akan datang...salammun'alaik...

0 comments: