CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 22, 2010

HARGAI ISTERI MU.... Jika isteri menangis dihadapanmu…. “hargai lah ia sblm terlewat…” Jika seorang isteri menangis dihadap...anmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi… Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya. Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam … Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya. Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ? Apakah keistimewaan perempuan ini ? ” Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat.. TUTUR katanya merupakan KEBENARAN.. SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. . PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya.. Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.. Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. .. Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. . Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.. Dia begitu sedih melihat KEMATIAN.. TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN. Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal… Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”… Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA... **nice sangat word ni...hehehe tetibe aku ase baru nak pikior sal kawen..heheblogger-emoticon.blogspot.com

Sunday, October 17, 2010

HARIKU

Salam pertemuan sekali lagi buat ruangan yang terlalu lama menyepi…

Aisshhh…tak tau dah nak kata ape….sebabnye aku sekarang ni sibuk tahap gaban dah

Melampau-lampau maha sibuk nye….ngalahkan perdana menteri Uganda dah…hahahablogger-emoticon.blogspot.com

Aiiiyyyaaa……nasib aku lah kan semester ni dapat lecturer dan subject yang sememangnye kena buat tugasan yang banyak…

Ni pun curi-curi masa gak nak tulis menatang ni…blogger-emoticon.blogspot.com

***(sebenarnye aku yang dah malas dan dah tak larat nak mengadap assignment aku tu…otak aku dah tepu dan beku tak dapat nak pikior ape…)blogger-emoticon.blogspot.com

Waktu sekarang ni pun masalah dalam idup aku pun dah sama menyemak juga…blogger-emoticon.blogspot.com

Aku pun tak faham juga dengan orang-orang yang ade ni….

Entah apa jelah kan benda remeh pun nak berkira sangat…aiissshhh….sungguh la tak fahamblogger-emoticon.blogspot.com

Walaupun sekarang ni kehidupan aku agak kelam kelibut tapi aku masih bersyukur

Nak tau tak pe sebab??haaaaa….blogger-emoticon.blogspot.com

Jeng jeng jeng….hahaha….trimas sangat kepada insan-insan yang sudi jadi tempat aku luah kan perasaan walaupun kena maki dengan akublogger-emoticon.blogspot.com

Syabas kerna dapat bertahan..hohohoho….blogger-emoticon.blogspot.com

Boleh dikatakan aku masih beruntung lah juga

Masih ada yang nak limpahkan rasa kasih dan perihatin untuk aku…huhuhu tetiba aku rasa terharu pulopp…kakakaka

blogger-emoticon.blogspot.com

Friday, August 13, 2010

Ramadhan Kembali

Marhaban ya Ramadhan....Marhaban wahai bulan yang penuh barakah..Bulan yang amat aku rindui kedatangannya.semoga bulan ini aku mampu memperoleh nikmat kebarakatannya.Insya Allah...Amiinnn...Limpahan kurnia dan kasing sayang Allah pada bulan ini seharusnya kita umat Islam sama-sama rebutkan..Aku amat berharap agar aku tidak lalai dan alpa untuk mengaut seluruh nikmat dan barakah pada bulan mulia ini.Kehidupan aku yang mulai sibuk serta kekangan masa yang tidak menentu menjadikan ruangan ku ini sepi agak sekian lama.Namun kehidupan yang aku lalui mempunyai banyak kisah dan ragam mempelbagaikan lagi warna-warni kehidupan ini. Namun aku sangat bersyukur kerna sesuatu yang bahagia dan gembira juga berlaku disepanjang kesibukan yang aku lalui.Bukan sahaja limpahan cinta dari Allah dan keluarga ku namun ada lagi insan yang menghulurkan rasa sayang dan perihatinnya buat ku.Sekuat mana dan sekeras mana sekalipun aku menolak untuk menerima,namun makin kuat jugalah huluran bahagia itu hadir untuk aku membuka lembaran baru dalam hidup ini. Biarkan sahaja....Aku mahu menumpukan terlebih dahulu apa yang sepatutnya menjadi keutamaan ku.Bahagia itu pasti akan datang jua dikemudiannya.Aku yakin dan beriman dengan qada' qadar dari Mu ya Rabbi....Sesungguhnya aku amat menghargai nikmat rasa yang telah Kau beri ya Ilahi..Aku pasrah dengan apa jua yang mendatang kerna aku tahu Allah telah menetapkan sesuatu yang terbaik buat diriku ini.Terima kasih ya Allah atas insan yang kau utuskan bersama kasih sayang dan rasa bahagia yang diberi.Moga hatiku terbuka untuk menerimanya walau pahit dan pedih sekalipun.

Monday, May 24, 2010

WHAT TO DO

salam pertemuan kembali buat ruangan yang agak lama menyepi ini.Agak keberatan jua untuk aku menulis sesuatu disini atas kekangan masa yang maha hebat.Baru-baru ini aku pulang dari kedah dan juga perlis negeri yang teramat panas.Terasa perit kulit-kulit aku dimamah mentari disana.Namun segala kenangan yang gembira, duka, perit, dan segalanya ada disana.Pengalaman yang tak mampu dibeli oleh wang ringgit.Wajah-wajah teman yang aku rindui masih berlegar-legar, hilai tawa mereka serta senda gurau mereka masih segar dihalwa telinga ini. Sesuatu terjadi jua sepanjang aku disana.Kadangkala aku tertanya-tanya apakah sebenarnya yang sedang berlaku antara aku dan dia???Lucu juga apabila memikirkan semula.Namun adakala aku bingung apakah yang cuba dia mainkan dalam sandiwara kali ini???Siapakah aku dan siapakah dia??? Lantas aku biarkan sahaja pertanyaan itu terus berlegar kerna aku sendiri punya permasalahan lain yang harus aku fikirkan.Aku biarkan dan lihat apa kesudahan yang akan berlaku dimasa hadapan.Allah lebih mengetahui apa yang hambaNya tidak ketahui.Aku yakin pasti ada hikmah dan kebaikan diakhirnya kelak. Sesuatu aku pelajari dalam kehidupan ini bahawasanya masih ada lagi perempuan-perempuan yang sudah hilang nilai-nilai dap seorang perempuan melayu.Wajarkah aku menggelar mereka perempuan??Atau lebih tepat lagi betina???Hmmm....(dalam pemikiran) Mungkin aku bukanlah dalam golongan perempuan melayu terakhir namun aku masih ada nilai dan moral seorang wanita melayu.Seantero dunia mengetahui bahawa wanita melayu sangat pandai menjaga adab sopannya walau dimana berada.Itulah istimewa wanita melayu yang mana sangat dikenali dengan adab.Tapi kemana hilang adab-adab mereka pada masa kini???Agak memalukan dan menmualkan pada tingkah mereka yang seakan-akan terdesak.Apakah???? Mungkin jua dunia menghampiri akhir zaman.Kesedaran mungkin lambat pada mereka namun janganlah sampai terlambat untuk berubah.Sedarlah wahai kaum ku....