CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 7, 2012

Sepi bertandang lagi

Yaww..!! Tiba-tiba aku tergerak untuk meluangkan masa sambil melapangkan minda sebentar di sni. Mungkin sekadar perkongsian yang menjadi tanda tanya dibenak ku. 
*wahh!!Dramatik habesss!!*
Aku nak bercerita tentang Si Comot kembali.

Si Comot yang sedang berjuang bukan pergi angkat senjata jadi volunteer pergi Iraq tu. Senjata sekadar aqal dan pen saja. Gempak je ayat macam hero lagaknyakan. Dramatik sungguhlah ceritanya..
*katanyeee*
Si Comot sedang menghadapi peperiksaan. Memory lane menerjah dengan tiba-tiba disaat ini. Teringat dengan kebiasaan buat Si Comot, insan tersayang akan membuat panggilan. 
Memberi kata-kata semangat bersama harapan dan doa yang mengiringi. Sebak terasa tatkala ini pabila tiada lagi kata-kata semangat dan doa yang dikirim. 
Hanya doa dari Si Comot yang tidak akan pernah putus buat insan tersayang. Si Comot terus hidup dengan semangat dan harapan yang ditinggalkan buat dirinya.
Pasti. 
Si Comot pasti dan yakin semangat itu masih ada. Dan akan terus hangat dan bernyawa dalam jiwa Si Comot. Janji dan harapan Si Comot masih utuh dipegang walau apa yang bakal terjadi. Sungguhpun pahit demi menggali kembali semangat itu. 
Si Comot masih percaya Ya Rabb masih bersama dan tetap ada untuknya. Walau semua akan pergi meninggalkan dirinya, hanya Sang Pencipta utuh disisi. Kasih dan cinta Sang Pencipta buat hamba-Nya tidak pernah berubah. Hanya hamba-Nya yang sering berubah dan melupakan Sang Pencipta.
  
Tatkala ini Si Comot merasakan agak kesepian dan kesunyian. Namun, Si Comot tahu Ya Rabb Maha Mendengar dan Maha Mengetahui rintihan dan pilu hati Si Comot. Dalam kerinduan Si Comot menulis:

Demi masa yang pernah bertandang
Derap langkahmu kian laju meninggalkan kenangan
Sungguh tidak terasa peredaranmu berputar
Dalam terang kau berlalu
Dalam gelap kau menghilang
Ku terus cuba mencari dan menggali semangat lalu
Lama diriku hanyut dan karam dibuai lena semalam
Alpa bersama sendu yang tak pernah reda
Lalai dengan rindu yang menyesak kalbu
Ku derita
Sungguh mati aku rindu pada masa lalu
Dalam sepi ia menyapa
Dalam kalut ia menyeru
Aku hanya insan kerdil lagi hina
Ku cuba mencipta pelangi
Ku cuba membina mentari dalam laluan ini
Tanpa ku sedar
Aku tersungkur dan berdarah
Demi janji dan impian yang termeterai
Ku bangkit dengan gagah
Dan segak laksana hulubalang Melaka
Terhunuh keris tersemat semangat untuk menggempur
Bagai Si Kereta Kebal yang padu
Menggegar medan perang tanpa gentar dan ragu
Di sini
Aku masih menagih kasihmu ayah
Aku masih mengemis cintamu ibu
Pada Mu Ya Rabb
Tolong pinjamkan daku semangat Saidatina Khadijah
Pinjamkan daku keberanian Saidatina Aisyah
Walau ku tahu duri itu amat bisa
Pedih pabila tertusuk
Demi laluan ini
Ku serahkan segalanya Ya Ilahi....

Okeylah. Aku nak sambung tugasan yang penting. Jumpa lagi..=)

Friday, January 6, 2012

Tanggungjawap

Yaww~~
Cuaca sangat panas sekarang ni...So guys, please aware!!hehe...
Aware dengan sebarang penyakit especially demam dan selesema...
*uhhh!!!tak syukeee!!! >_<*


Actually, dah agak lama tak up-date cerita kat sini..
Al-maklum situasi sekarang sangat sibuk. Kalah Menteri Namibia!!!hahaha

Si Comot sedang berjuang menempuh peperangan hidup mati masa depan dirinya.
Wah!! Serius je bunyinye kan....Tapi memang betol pun.
Si Comot sedang mencari semangatnya yang telah hilang.
*pasang background music sket....Semangat yang hilang: XPDC*
Berjuang meneruskan hidup demi masa depan dan janjinya pada insan yang tersayang.
Juga demi tanggungjawap yang digalasnya.
Bukan untuk menjawap namun tak tahu apa yang ditanggung.
Ramai orang hanya tahu berkata-kata tentang tanggungjawap.
Tapi hakikatnya mereka tidak melaksanakan.
Mudah berkata-kata namun sukar melaksana.
 
Jadi, wahai insan-insan fikirkanlah apa tanggungjawap kita dimuka bumi ini ya...^_^
Entry kali ini pun pendek sahaja.
Aku dalam mode exam!!! T_T
huuu...wish me best of luck okey...
Pada mereka yang sedang menempuh exam pun diucapkan goodluck!!!
Daa...~