CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 24, 2010

WHAT TO DO

salam pertemuan kembali buat ruangan yang agak lama menyepi ini.Agak keberatan jua untuk aku menulis sesuatu disini atas kekangan masa yang maha hebat.Baru-baru ini aku pulang dari kedah dan juga perlis negeri yang teramat panas.Terasa perit kulit-kulit aku dimamah mentari disana.Namun segala kenangan yang gembira, duka, perit, dan segalanya ada disana.Pengalaman yang tak mampu dibeli oleh wang ringgit.Wajah-wajah teman yang aku rindui masih berlegar-legar, hilai tawa mereka serta senda gurau mereka masih segar dihalwa telinga ini. Sesuatu terjadi jua sepanjang aku disana.Kadangkala aku tertanya-tanya apakah sebenarnya yang sedang berlaku antara aku dan dia???Lucu juga apabila memikirkan semula.Namun adakala aku bingung apakah yang cuba dia mainkan dalam sandiwara kali ini???Siapakah aku dan siapakah dia??? Lantas aku biarkan sahaja pertanyaan itu terus berlegar kerna aku sendiri punya permasalahan lain yang harus aku fikirkan.Aku biarkan dan lihat apa kesudahan yang akan berlaku dimasa hadapan.Allah lebih mengetahui apa yang hambaNya tidak ketahui.Aku yakin pasti ada hikmah dan kebaikan diakhirnya kelak. Sesuatu aku pelajari dalam kehidupan ini bahawasanya masih ada lagi perempuan-perempuan yang sudah hilang nilai-nilai dap seorang perempuan melayu.Wajarkah aku menggelar mereka perempuan??Atau lebih tepat lagi betina???Hmmm....(dalam pemikiran) Mungkin aku bukanlah dalam golongan perempuan melayu terakhir namun aku masih ada nilai dan moral seorang wanita melayu.Seantero dunia mengetahui bahawa wanita melayu sangat pandai menjaga adab sopannya walau dimana berada.Itulah istimewa wanita melayu yang mana sangat dikenali dengan adab.Tapi kemana hilang adab-adab mereka pada masa kini???Agak memalukan dan menmualkan pada tingkah mereka yang seakan-akan terdesak.Apakah???? Mungkin jua dunia menghampiri akhir zaman.Kesedaran mungkin lambat pada mereka namun janganlah sampai terlambat untuk berubah.Sedarlah wahai kaum ku....