CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 29, 2011

Working Life

Salam pertemuan lagi. Pada kali ini sapaan ku sekadar sahaja. Tiada madah berhelah pembuka bicara. Hehehe… Bukan apa, ku ingin mengubah sedikit corak penulisan ku dimana sebelum ini penulisan ku agak old fashion yang bermadah dan puitis sedikit..(cewahh!!pasan pulak)..
Maka kali ini biarlah ku menulis dengan gaya dan identity ku yang sebenar. Diriku yang sebenar adalah seorang yang ringkas dan ceria

**bangga diri sikit sambil kembang-kembang idung**

Lately, diri ini maha sibuk

**menunjukkan aku sangat busy…bukan busybody yer puan-puan.harap maklum**

Al-maklum sahaja lah ku kini dalam perjalanan menjadi seorang wanita yang berkarier…**cewah-cewah!!!** Meniti dan menyusuri kehidupan seorang ahli corporate

**ehemmm…bukan keparat yer..dusshh!!**

Baru-baru ini sahaja ku menjadi temporary staff di company ini. Dipendekkan cerita lah senang, sebelum ini ku menempuh practical training ku di company ini juga. Seminggu sebelum tamatnya tempoh praktikal ku, HR Manager sudah bertanya tentang status semester ku bermula.

**wahh….teruja sungguh time tuh…mata bersinar-sinar cam ade pasang sportlight!!**

Penyudahnya, ku terangkan saja keadaan sebenar dimana semester akan bermula pada bulan September…

*wink!!!cuti lama*

Tapi dalam hati gelisah juga maklumlah bukan spiesis yang reti duduk diam…cuti 2minggu pun dah panas pungkoq duduk umah…hehehe boleh bertahan untuk seminggu je… Nak buat macam mana duduk umah bosan sebab bukan dapat merayap jumpa kengkawan….

**hukkk!!!sebenarnya pemalas nak keluar umah**

Then, company offer untuk ku sambung as part timer…

**yeah!!!mata aku dah blink-blink Nampak duit…macam mesin jackpot tuh**

Conclusionnya ku terima nikahnya…eh!!silap…Ku terima offer mu!!hehe…
Maka bermula tugas ku bukan sebagai trainee lagi…yeah!!

**perasan terasa diri dah besau sangat >_<** Suasana yang sungguh ceria dan selesa untuk ku terus bekerja disini. Antara sebab kenapa ku memilih untuk accept tanpa tunggu masa dan fikir alas an…hahaha… **bisik-bisik:..boss aku sangat baik dan caring…hehehe tapi saya tidak menggatal yer harap maklum ibu-ibu…hehe** **menggatai celah mana…muke pun muka dak sekolah nak ngorat takde tokoh…huuu** So, my life gonna be more shining in making a new book of life. In other way for me to go through my life after all things happen. **ehemm…nak cite siket jek…tapi malu!!!hikk!! saya ada orang yang saya sayang…hehe tapi taktahu lah dia ada rasa yang sama atau tak…huuuu**

Friday, July 15, 2011

Senyumlah Duhai Wajah

Sinaran mentari yang masih suram dimana kehangatannya masih suam...umpama tidak bermaya dan tiada semangat seperti selalunya..entah dimana silapnya suram cahaya yang dipancarkan…sama dengan jiwa ku kini yang suram namun bukan baru…telah lama rasanya kesuraman ini mendiami diri ku..tapi siapa yang pernah tahu mahupun yang ambil tahu…aku juga tidak pernah kisah tentang itu semua.Bagi diri ku apa yang penting ialah aku harus teruskan kehidupan ini. Walau jalan yang aku lalui penuh liku, duri, dan pelbagai lagi dugaan yang harus ku tempuh.. Apa sekalipun aku harus tabah dan terus kuat mengharunginya bersama senyuman..
Senyuman adalah penawar jiwa. Gembirakan diri dengan apa jua aktiviti yang berfaedah bersama teman-teman. Event, korang dilanda masalah maha berat sekalipun jangan lupa senyum. Secara psychology, bila korang senyum ia akan meredakan sedikit beban perasaan yang korang tanggung. Tak percaya?? Try test lah nati…insya allah ianya berkesan. Keluhan tidak akan memberi makna tatkala rasa sedih, kecewa, mahupun putus asa itu bertandang. Secara saintifiknya juga apabila kita berkerut kita akan mempercepatkan proses kedutan wajah.hehe…so don’t be old before your age!!!
Ingatlah teman-teman yang sentiasa setia dan sedia disisimu. Tidak lupa juga buat keluarga yang sentiasa memberi semangat dan sokongan untuk kita. Hope kita semua mampu menjadi insane-insan yang cemerlang dengan hati yang tabah dan jiwa yang kental. Tidak kira berapa kali sekalipun kita tersungkur dan rebah, bangkitlah semula untuk teruskan kehidupan ini. Jangan kita lari dari masalah tapi cuba sehabis baik untuk menyelesaikannya. Kita mampu mengubahnya.
Allah pernah berfirman bahawasaNya:
“Aku (Allah) tidak akan mengubah nasib hamba-hamba Ku jika mereka tidak mahu mengubahnya…”
Aku tetap bersyukur dengan segala ujian ini. Kerana, aku percaya Allah sangat sayangkan diriku bersama ujian ini sebagai ukuran sehebat mana iman ku.