CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 15, 2011

Senyumlah Duhai Wajah

Sinaran mentari yang masih suram dimana kehangatannya masih suam...umpama tidak bermaya dan tiada semangat seperti selalunya..entah dimana silapnya suram cahaya yang dipancarkan…sama dengan jiwa ku kini yang suram namun bukan baru…telah lama rasanya kesuraman ini mendiami diri ku..tapi siapa yang pernah tahu mahupun yang ambil tahu…aku juga tidak pernah kisah tentang itu semua.Bagi diri ku apa yang penting ialah aku harus teruskan kehidupan ini. Walau jalan yang aku lalui penuh liku, duri, dan pelbagai lagi dugaan yang harus ku tempuh.. Apa sekalipun aku harus tabah dan terus kuat mengharunginya bersama senyuman..
Senyuman adalah penawar jiwa. Gembirakan diri dengan apa jua aktiviti yang berfaedah bersama teman-teman. Event, korang dilanda masalah maha berat sekalipun jangan lupa senyum. Secara psychology, bila korang senyum ia akan meredakan sedikit beban perasaan yang korang tanggung. Tak percaya?? Try test lah nati…insya allah ianya berkesan. Keluhan tidak akan memberi makna tatkala rasa sedih, kecewa, mahupun putus asa itu bertandang. Secara saintifiknya juga apabila kita berkerut kita akan mempercepatkan proses kedutan wajah.hehe…so don’t be old before your age!!!
Ingatlah teman-teman yang sentiasa setia dan sedia disisimu. Tidak lupa juga buat keluarga yang sentiasa memberi semangat dan sokongan untuk kita. Hope kita semua mampu menjadi insane-insan yang cemerlang dengan hati yang tabah dan jiwa yang kental. Tidak kira berapa kali sekalipun kita tersungkur dan rebah, bangkitlah semula untuk teruskan kehidupan ini. Jangan kita lari dari masalah tapi cuba sehabis baik untuk menyelesaikannya. Kita mampu mengubahnya.
Allah pernah berfirman bahawasaNya:
“Aku (Allah) tidak akan mengubah nasib hamba-hamba Ku jika mereka tidak mahu mengubahnya…”
Aku tetap bersyukur dengan segala ujian ini. Kerana, aku percaya Allah sangat sayangkan diriku bersama ujian ini sebagai ukuran sehebat mana iman ku.

0 comments: