CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 13, 2010

Ramadhan Kembali

Marhaban ya Ramadhan....Marhaban wahai bulan yang penuh barakah..Bulan yang amat aku rindui kedatangannya.semoga bulan ini aku mampu memperoleh nikmat kebarakatannya.Insya Allah...Amiinnn...Limpahan kurnia dan kasing sayang Allah pada bulan ini seharusnya kita umat Islam sama-sama rebutkan..Aku amat berharap agar aku tidak lalai dan alpa untuk mengaut seluruh nikmat dan barakah pada bulan mulia ini.Kehidupan aku yang mulai sibuk serta kekangan masa yang tidak menentu menjadikan ruangan ku ini sepi agak sekian lama.Namun kehidupan yang aku lalui mempunyai banyak kisah dan ragam mempelbagaikan lagi warna-warni kehidupan ini. Namun aku sangat bersyukur kerna sesuatu yang bahagia dan gembira juga berlaku disepanjang kesibukan yang aku lalui.Bukan sahaja limpahan cinta dari Allah dan keluarga ku namun ada lagi insan yang menghulurkan rasa sayang dan perihatinnya buat ku.Sekuat mana dan sekeras mana sekalipun aku menolak untuk menerima,namun makin kuat jugalah huluran bahagia itu hadir untuk aku membuka lembaran baru dalam hidup ini. Biarkan sahaja....Aku mahu menumpukan terlebih dahulu apa yang sepatutnya menjadi keutamaan ku.Bahagia itu pasti akan datang jua dikemudiannya.Aku yakin dan beriman dengan qada' qadar dari Mu ya Rabbi....Sesungguhnya aku amat menghargai nikmat rasa yang telah Kau beri ya Ilahi..Aku pasrah dengan apa jua yang mendatang kerna aku tahu Allah telah menetapkan sesuatu yang terbaik buat diriku ini.Terima kasih ya Allah atas insan yang kau utuskan bersama kasih sayang dan rasa bahagia yang diberi.Moga hatiku terbuka untuk menerimanya walau pahit dan pedih sekalipun.