CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 22, 2011

Si Comot dan Shycat

Yoosshhhh!!! Lamanye rasa tak meng-hap-date....wuuu....
Maaflah agak kekurangan masa untuk menjenguk disini...UhhUkKKk!!! 
*sedey lah pulak*
Anyway, sedang sibuk menyiapkan beberapa tugasan yang penting buat masa ini. 
Jennggg Jennggg Jennggg!!! 
*ala-ala mission impossible kekononnye..*
Assignment submission lah... Presentation... Discussion... Training... Dating..
*eh??bila pulak??*
Huhh!! Yang penting hectic and chaos lah jugak kehidupan untuk beberapa hari ni. Kucing belakang umah aku pun tak sibuk macam aku kan...
*hahaha...motipp sangat nak kaitkan kucing belakang umah tuh!!*
Aku nak sambung balik lah cerita aku yang terputus bekalan elektrik sekejap tuh. Bukan aku tak bayau tapi memang aku tak sempat nak sambung.
*hehehe..busy katanyee..
Jom sambung.
Si Comot sekarang ini masih macam biasa dengan muke slumber cap Dr.Martine. Poyo macam tak ada apa yang berlaku.(tuh standard katanya). 
Sibuk dengan macam-macam program yang dia sertai dah macam ahli politik nak raih undi lagaknya.
(busy betol tapi bukan busybody yer..).
Pertemuan singkat yang tak terduga dengan Shycat dalam satu program menjalinkan sebuah hubungan yang tak dapat ditafsir.
(ceh!ape dah jadi??). 
Mulanya masing-masing segan ala-ala main aci intai balik pintu, namun lama kelamaan hubungan berlangsung dalam talian sahaja begitu akrab. Namun tak mampu ditafsir sama ada ia hubungan yang serius atau sekadar teman tapi mesra.
Mungkin ia sekadar ada sahaja tiada apa yang lebih dari itu. Suatu jurang yang Si Comot rasa terlalu besar dan dia juga patut sedar siapa dirinya jika disamping Shycat. 
Si Comot tak mahu memikirkan perkara yang remeh itu terus berlegar diruangan mindanya. Apa yang mampu Si Comot lakukan hanyalah sekadar melihat dan menunggu apa yang bakal berlaku. 
Dugaan takkan pernah putus hadir silih berganti. Namun itulah lumrah hidup dan hukum karma. 
Tabahlah duhai Si Comot atas segalanya.

Okey. Kali ini memang pendek jelah kisah Si Comot yang aku cuba sampaikan. 
Nati aku sambung lagi. Banyak tugasan dan urusan kerajaan (aku punya term) yang kena lunaskan.
Have a good day dude =)

Wednesday, December 14, 2011

Si Comot dan Jejaka

Gedekkk...gedekkk...!!!Huh!!Sampai juga aku ke ruangan ini kembali. Hehehe...
Penat aku selak-selak masa untuk tiba ke waktu ini...
Maklumlah agak sibuk kalah Wakil Rakyat To Be...hahaha..
Di hujung-hujung semester ni memang bersusun submission assignment aku. 
Ini pun masih ada lagi yang nak ditambah. Sungguhlah lecturer-lecturer aku ni terlebih rajin nak tambah kerja yang dah sedia ada. *stress pun hadooo!!!*
Okeylah, aku nak sambung balik cerita Si Comot. Kisah yang lepas macam ala-ala sessi motivasi lah jugak buat Si Comot. 
Macam tazkirah pun ada jugakk...hehehe.

Antara Si Comot dan teman lama takkan mungkin jernih seperti sediakala. 
Bagaikan sudah berpatah arang dengan teman lama walaupun untuk kembali sebagai kawan. 
Bagi Si Comot, dia tidak mahu mencemarkan ikatan sebuah persahabatan dengan ketidak jujuran dan ketidak ikhlasan hati seseorang itu. 
Seorang pakar motivasi pernah mengatakan bahawa 
bukan kuantiti rakan yang menjadi ukuran namun, kualiti sebagai rakan lebih utama.
Langkah perlu diteruskan ke depan dan tidak perlu untuk berpaling lagi. Walau apa yang terjadi pada Si Comot, dia tekad dengan keputusannya. 
Kenangan indah semalam umpama igauan ngeri buat Si Comot kini. 
Cukup sudah kata-kata nista dan tuduhan-tuduhan liar buat dirinya. Untuk berbaik semula tidak akan sama sekali. Tidak guna berbuat baik pada orang yang suka bermuka-muka (banyak betol muke dia...hahaha *muke tembok??muke lempeng??muke jamban??ade lagi?*). Cukup atas segala penipuan dan lakonan yang tidak bermaruah selama ini dilayarkan pada Si Comot. Macam orang selalu cakap 
Lu cakap tak serupa bikin lah...”.
Selepas segala yang terjadi, Si Comot belajar melupakan kisah-kisah hitam itu. 
Sedalam mana pun luka yang ditinggalkan, Si Comot pasrah. 
Rasulullah pernah berkata 
Diam bukan bermakna kita salah, berundur bukan bermakna kita kalah.” 
Lebih baik Si Comot berdiam diri dari terus melayan ragam manusia yang kurang matang, melatah tak bertempat.
Kehidupan yang dilalui Si Comot seperti biasa dengan kesibukan yang dicari dan kepenatan yang memuaskan dirinya sendiri. 
Bermulalah titik perkenalan Si Comot dan Jejaka tanpa disedari. 
Seperti dialog dalam sebuah cerita 
Cinta itu hadir tanpa diundang dan tanpa kita sedari. Cara apa dan bagaimana ia terpamer tidak kita pasti. Namun ianya ada dalam sudut hati itu”. 
Berbalik pada coretan yang sebelum ini tentang apa yang Si Comot rasakan buat Jejaka. Ingat tak?Cuba tengok balik post yang sebelum ini ya.(hehehe...)
Jejaka boleh dikategorikan umpama pakej yang lengkap. 
Punyai rupa yang menarik, seorang yang bijak, datang dari keluarga yang berkedudukan, seorang yang begitu gentleman dan humble. Namun, itulah jurang yang Si Comot bina sendiri buat dirinya. 
Bagi Si Comot, dia tidak begitu layak untuk menjadi pendamping Jejaka. Si Comot sedar akan kekurangan dirinya sendiri, tak sia-sia cermin besar tu selalu dia tengok (hehehe...cermin dirilah katakan..).
Namun ia sekadar angan-angan indah yang Si Comot pintal sendiri. 
Suatu hari Si Comot seakan merasakan bahawa Jejaka sudah punyai pilihan hati. Telahan Si Comot tidak salah kerana selang beberapa hari sahaja gossip mengenai status Jejaka yang bukan lagi single sampai ke pengatahuan Si Comot. 
Sungguh remuk dan berkecai lagi impiannya. Si Comot tetap tersenyum dan gembira mendengarkannya namun hatinya tidak siapa tahu. Sedih?? Kecewa?? 
Si Comot sendiri tidak pasti apa yang dirasakan. Selama dua tahun dia memendam perasaan yang tidak pernah terluah. Dia redha lagi. Untuk menangis Si Comot bagaikan tidak tahu bagaimana untuk menangis lagi. 
Tiada air mata yang mampu mengalir walau pedih dan sakit sekalipun yang dia rasakan. Hanya ALLAH yang tahu siapa jodohnya kelak.
Dia percaya dan yakin pasti tiba waktunya. 
Kini, Si Comot masih tersenyum dan tertawa riang bersama teman-teman disisi yang lebih berharga dalam hidupnya. Menghargai insan yang tahu menilai dan menghargai erti persahabatan lebih berbaloi dan tidak ternilai dengan wang ringgit. 
Si Comot teringat suatu ungkapan yang bertulis
Hargailah orang yang tahu menghargai dirimu dan hormatilah orang yang selayaknya dihormati.  
Teruskan mengukir senyuman itu Si Comot, kerana senyuman itu mampu menghapus duka menghalau derita. Tertawalah dengan riang agar terhibur jiwa yang lara.

Okeh, sampai sini dulu kisah Si Comot. Time to go. 
Esok masih banyak lagi tugasan yang menanti. 
Aku akan cuba cari masa untuk sambung cerita ya. Have a great day u’olls..=)

Monday, December 12, 2011

Si Comot dan Hukum

Wallaahhhh...!!!yeah!! Akhirnya ada juga masa untuk aku sambung cerita kat sini. Fuhhhh....~
Penat bertungkus lumus menyiapkan assignment yang membukit dan menggunung...hahaha
Okey let me continue the story...jengg..jengg..jengg...
*ada yang baca rupanya...hahaha*

Tulisan yang lepas aku gambarkan perwatakan Si Loji. Mungkin tatkala itu sikapnya memang agak keterlaluan (katanyeee..) kini telah berubah mungkin kerana petunjuk dari ALLAH..
Alhamdulillah masih ada pintu taubat buatnya. 
Syukurlah kerana Si Loji sempat bertaubat sebelum ajal. Dahulu teman lama mengatakan sikap Si Loji yang seakan kena penyakit meroyan (kasihan...) tidak perlu dilayan. 
Itu memang modal ayat teman lama (hahaha...). 
Teman yang berubah menjadi musuh dalam selimut amat menyakitkan lebih pedih dari putus cinta. Namun itulah hakikat kehidupan yang perlu Si Comot hadapi. Pada ketika itu semua menuding jari pesalah adalah Si Comot. 
Kata-kata yang keluar semua dusta sahaja. Dunia ini memang tidak pernah adil namun yakin kuasa ALLAH lebih besar dan hanya ALLAH yang mampu membalas segalanya. Si Comot redha dan ikhlas dengan apa yang terjadi.

“Sesungguhnya balasan Ku (ALLAH) amat pedih...”

Kadangkala Si Comot tidak mengerti dengan aqal manusia yang hanya tahu menerima dirinya benar dari segala sudut. 
Jika ALLAH mampu melayarkan kembali peristiwa yang lepas pasti makhluk-makhluk ini sedar kembali. Sesungguhnya hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI tentang apa yang terjadi. Dugaan yang Si Comot terima dianggap sebagai ujian ALLAH tanda ALLAH sayang akan dirinya. Pabila kita berbuat baik, mulut-mulut busuk ini sering berkata 
Eleh, saje nak tunjuk baik lah tu. Padahal bukan baik mana pun. Aku tahu lah dia tu memang tak bagus pun”. 
Tapi pabila berbuat kurang baik dikata juga 
Hmm..memang dah tahu dia tuh bukan orang yang baik. Nasib baik aku tahu dari Si Polan.
Begitulah kehidupan yang saban hari tidak pernah berubah. Jika perubahan dilakukan mulut-mulut nista ini takkan hentinya mengata.

Seorang ulama pernah berkata 
“ Mereka ini tidak pernah puas dan redha dengan hidupnya sebagaimana ALLAH tidak redha padanya.”

Ucapan maaf dari teman lama dan Si Loji tidak lah seikhlas dan sejujurnya. Ia hanya ungkapan mengindah halwa pendengaran. 
Sejauh mana mereka mampu terus berlakon?? Hidup ini bukan sentiasa di atas. Lakonan mereka cukup hebat. Dugaan cukup hebat walaupun tiada apa-apa hubungan antara teman lama dan Si Comot. Gangguan dari Si Loji tidak pernah putus bagai terserang sakit mental lagaknya.
Sesungguhnya ALLAH MAHA BESAR dan memang bukan teman lama calon imam pemimpin ummah buat Si Comot.
Si Comot pula dituduh menjaja cerita sedangkan si tukang jaja tidak pernah mencerminkan diri (mungkin cermin dah pecah tak mampu nak terima imej yang busuk...*ada ayat lain??*). 
Sanggup Si loji dulu menjadi stalker yang tegar (kelakar sebab menafikan diri dan tuduh orang lain) tapi yelah, tak ada bukti.
Fact without evidence just like rubbish and who cares.

Seorang ulama pernah mengatakan bahawa diri kita bukan seperti Nabi atau Rasul mahupun Malaikat yang tercipta maksum. Namun kita harus berusaha menjadi HambaNya yang terbaik semampu kita. Hukum yang ALLAH keluarkan harus kita yakin dan percaya. Kerana yakin dan percaya adalah kunci keimanan. Jika ALLAH berfirman sebegitu harus kita fikirkan dan yakin, tidak bermakna kita mengadili namun kita beriman dengan apa yang ALLAH janjikan.

Si Comot tidak pernah peduli dengan omongan kosong dan bicara-bicara dusta yang hanya tahu mempertahankan diri sendiri dan menyalahkan orang lain. 
Masing-masing berhak untuk berkata-kata. Namun adakah kata-kata itu benar atau bathil?? Terpulang pada diri sendiri kerana ALLAH sentiasa tahu. 
Jika dengan diri sendiri tak mampu untuk jujur, nescaya pada ALLAH juga dia menipu. Bagi Si Comot mungkin dia bukanlah Hamba yang baik dan solehah namun demi mengejar cinta ALLAH, dia berusaha merubah apa yang termampu.
Si Comot pernah terbaca dalam sebuah buku yang mengatakan

“jangan kau kejar cinta insani yang nyata dusta dan tidak kekal. Kejarlah cinta ALLAH kerana cintaNya kekal dan ikhlas. Sesungguhnya cinta ALLAH itu pasti bahagia.”

Buat mereka yang masih berdiri dihadapan cermin namun terus menipu dengan imej yang terpantul, Si Comot berpesan agar sedarlah dari mimpi dan angan-angan indah sendiri. 
Menilai diri sendiri hebat dan masih menuding jari pada kesilapan orang lain. 
Dugaan yang datang silih berganti menguji tahap keimanan seseorang Hamba. Yakin dan beriman pada janji ALLAH, insya allah tenang hati-hati insan.
Kini, kehidupan Si Comot perlu diteruskan demi amanah dan tanggungjawap yang tergalas dibahunya. Biarlah ribut dan badai melanda, Si Comot tetap yakin dengan kasih ALLAH buatnya. 
Hanya pada ALLAH tempat Si Comot meminta dan mengadu kerana ALLAH MAHA MENDENGAR lagi MAHA MENGETAHUI. Dan doa-doa orang yang teraniaya sentiasa didengar ALLAH. 
Si Comot sentiasa mendoakan kebaikan buat mereka-mereka yang menganiya dirinya dan hanya ALLAH yang tahu balasan buat mereka. 
Kadangkala tidak perlu tunggu di akhirat balasan itu tiba di dunia juga ALLAH telah berikan. Si Comot tidak kisah dengan mulut-mulut busuk yang terus mengata kerana mulut-mulut ini tidak akan pernah berhenti dari mengata selagi tiada hidayah dari ALLAH. 
Marilah sama-sama kita doakan agar mulut-mulut mereka berhenti sebelum ALLAH yang memberhentikan nikmat berkata-kata buat mereka. Insya Allah.

Okeylah dah penat cerita. Hahaha jadi sesi tazkirah pulak kali ni. Insya Allah lain masa aku kongsi lagi cerita. 
Sudi-sudikanlah untuk terus membaca walaupun sakit nak terima hakikat. Hukum ALLAH tak pernah bohong jadi mari kita yakin ya...(^_^)

*Maaf yer...saya bukan ustazah mahupun hakim mengadili manusia, tapi silalah rujuk pada ulama atau ilmuan agama jika kurang pasti. Wallahu’alam

Si Comot dan Teman Lama

Haipppp!!!hehe...aku muncul lagi dengan sambungan cerita lepas..Dah boleh buat drama bersiri pulak..haha
Okey lah aku tak nak banyak sangat mukadimah, mari kita sambung bercerita.

Pada lembaran yang lepas aku berhenti bahagian Si Comot yang punyai rasa buat Jejaka. Namun aku undurkan sedikit kejadian sebelum bertemunya Jejaka. 
Konflik yang berlaku antara Si Comot dan Sang Arjuna terjadi sebelum Sang Arjuna bertemu gadis lain. Tatkala itu Si Comot sudah mula rasakan kegoyahan dalam perhubungan mereka. Namun dipendam sahaja kerana Si Comot tidak pasti akan rasa syak wasangkanya. 
Diketika dirinya dalam keresahan, muncul teman lama yang sudah lama tidak bersua. Teman yang dulunya sangat akrab di zaman persekolahan tiba-tiba terputus kerana hilang jejak. Pernah Si Comot cuba menghubungi kembali namun, usahanya gagal. 

Ditakdirkan akhirnya mereka bertemu kembali dengan bantuan kemudahan teknologi masa kini. Pertemuan yang tidak disangka menggembirakan hati Si Comot. 
Dalam pada dirinya sedang resah dengan perubahan sikap Sang Arjuna, muncul sinar gembira buatnya. Persahabatan terjalin kembali. Namun, tanpa diduga teman lama menaruh perasaan buat Si Comot. Menambahkan rasa ragu buat dirinya. 
Ditanya dan disoal duduk perkara sebenar yang melanda teman lama akhirnya terjawap bahawa teman lama baru patah hati. Si Comot tidak mudah menerima lamaran dari teman lama kerana takut ia sebagai batu loncatan sahaja. 
Insan yang dulu bukan seperti insan yang sama buat Si Comot pada ketika itu. Kerana insan mampu berubah mengikut masa.
Lantaran dari sikap Sang Arjuna yang mendiamkan diri dengan agak lama, Si Comot akhirnya menerima lamaran teman lama. 
Kata Si Comot, dia menerima sebagai tempoh percubaan jika hubungan ini mampu diteruskan dia akan menerima sepenuhnya teman lama. Tatkala masing-masing dalam tempoh mengenali dan menyesuaikan diri, datang pula insan yang tak diundang kehadirannya. 
Pada asalnya timbul rasa belas buat makhluk tersebut namun, setelah melihatkan tingkah dan sikap yang ditonjolkan dapat dikatakan umpama orang gila talak. 
Dia hadir bagaikan virus perosak yang tak mampu dihapuskan kehadirannya kerana terlalu mengjengkelkan dan menjijikkan dengan sikapnya.
Pelbagai cara yang dilakukan oleh Si Loji semata-mata tidak mampu menerima hakikat perpisahan mereka dan mahu merebut kembali teman lama. 
Dengan bangganya menceritakan aksi jijik yang pernah mereka lakukan semata-mata ingin membenihkan rasa benci dalam diri Si Comot. 
Pelbagai cerita dijaja dan disogok demi merampas kembali teman lama. Sepanjang perhubungan teman lama dan Si Comot, tidak pernah mereka mempunyai masalah atau bertingkah. 
Namun bila terjadinya pertingkahan antara mereka semuanya berpunca dari Si Loji yang sering mencari jalan dan helahnya. 
Kenapa namanya Si Loji?? Kerana sikapnya yang teruk ditambah dengan hatinya yang busuk dan kata-katanya penuh nanah hasad dengki.
Si Comot cuba menjadi positif dengan bertenang disetiap situasi yang menguji tahap kesabarannya. 
Teman lama menuntut kesetiaan dalam hubungan mereka namun teman lama sendiri tidak jujur dan setia pada Si Comot. 
Wajarkah itu dituntut?? Sejahat dan securang Si Comot sekadar bertemu dengan Sang Arjuna atas dasar sebagai teman dan tidak pernah lebih dari itu. Mereka bertemu setelah sekian lama tidak bersua muka menghabiskan masa bersama dengan bercerita. 
Namun, teman lama menodai rasa percaya Si Comot sendiri dengan melanggaar janji setia mereka dengan bertemu Si Loji saban hari. 
Setiap masa mereka dihabiskan bersama sedangkan Si Comot dan Sang Arjuna bertemu setelah tiga bulan tidak bersua muka. 
Apa yang mengecewakan Si Comot apabila teman lama dengan terang menipu dirinya sedangkan Si Comot tidak menipu teman lama tentang pertemuannya dengan Sang Arjuna. 
Adilkah perhubungan itu?? Si Comot lebih banyak mengalah dengan perhubungan mereka.
Masa yang diluangkan buat teman lama lebih banyak berbanding semasa hubungan Si Comot dan Sang Arjuna. Demi memperbetulkan kesilapan dalam perhubungan Si Comot berkorban masa, wang ringgit dan segalanya demi teman lama. 
Namun pengorbanan Si Comot umpama sia-sia. Tatkala Si Loji dengan bangga menceritakan perbuatan terkutuk mereka apabila mendapat tahu teman lama bertemu ibu bapa Si Comot. 
Dan Si Comot pula dilabel perampas. Wajarkah itu semua terjadi?? Silap apakah Si Comot?? 
Hanya kerana Si Comot dan Sang Arjuna pernah bertemu kembali dan itu dijadikan topik utama Si Comot dijaja maruahnya dengan dikatakan perempuan murah?? Perampas?? Perempuan yang tidak baik?? Kesilapan yang sekecil itu ternyata lebih besar berbanding kelaknatan perbuatan Si Loji
Banggakah menjadi penzina?? Seteruk dan sejahat Si Comot tidak pernah sampai menjadi hamba yang dikutuk disisi Sang Pencipta. Na’uzubillah.
Demi maruah dan hatinya yang telah dicalar dengan hubungan yang sia-sia, Si Comot memutuskan untuk tidak lagi meneruskan. 
Janji manis dan kata-kata dari teman lama menjadi racun dan belati yang menghancurkan segala yang dibina. Si Comot tidak mahu menjadi insan yang tidak bertamadun dan tuli dengan bertingkah dan berebut sesama kaumnya untuk seorang lelaki. Si Comot percaya dan yakin dengan firman ALLAH yang bermaksud : 

“ Sesungguhnya telah aku sediakan pasanganmu (jodohmu). Dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan sebaliknya. Jika kamu seorang penzina, maka wanita untuk mu juga dari kalangan penzina”.

Walau pada awalnya Si Comot mampu menerima segala baik dan buruk teman lama, namun tidak lagi apabila teman lama tidak menghargai dirinya. 
Bukan kata-kata manis dan janji indah yang didambakan tapi kejujuran dan ketulusan teman lama lebih utama dari masa silamnya. 
Akhirnya perhubungan itu tidak kemana. Teman lama tidak mahu hubungan ini putus begitu sahaja kerana tekadnya pada Si Comot ingin berakhir dengan kegembiraan dan kebahagiaan.

Apa terjadi seterusnya? Adakah teman lama mampu memujuk kembali perasaan Si Comot? Apa yang dilakukan Si Loji?
 
Okey bersambung lagi...haha penat cerita so berehat sebentar bersama Kit Kat..hehe

Friday, December 9, 2011

Si Comot lagi

Helloooo there..!!!hehe macam pengacara rancangan pulak dah kan..
.Ok aku datang kembali. Macam iklan zaman kanak-kanak dulu...Tora Datang Lagi~
Aku nak sambung kembali cerita yang lepas tentang Si Comot. Korang seronok ke baca? Tak kisah lah seronok ataupun tak tapi aku akan sambung.

Si Comot masih lagi sendiri dalam menyusuri kehidupan sehariannya. Dia sengaja menyesakkan dirinya dengan timbunan kerja yang tidak pernah usai. 
Si Comot lebih rela melalui tekanan kerja dari dia terus bersedih dengan apa yang telah berlaku. Demi melupakan segala kepahitan dan kesedihan, Si Comot sengaja menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti dan kerja. Kalau tak ada kerja pun dia akan cari benda-benda yang boleh dilakukan. 
Apa yang penting dia tak mahu dirinya mengingati masa lalu. Dia mahu bangkit dan teruskan hidup.

Ingat pada Sang Arjuna? Cinta mereka berakhir kerana tiada rasa sefahaman lagi. 
Si Comot yang sentiasa sibuk sehingga tiada masa yang cukup untuk Sang Arjuna menjadi topik buat Sang Arjuna menyalahkan Si Comot. 
Namun Sang Arjuna tidak tahu sebab dan situasai sebenar Si Comot. Sekuat mana pun Si Comot cuba pertahankan cinta mereka Sang Arjuna tetap dengan keputusannya. Si Comot yakin Sang Arjuna masih sayang dan cintakan dia. 
Pabila hadirnya insan ketiga memusnahkan segala yang pernah dibina. Si Comot pasrah dan dengan rela melepaskan rasa cinta dan kasih buat Sang Arjuna. 
Bertitik tolakkan itulah Si Comot sukar menemukan kembali hatinya. Ia umpama pergi dan hancur bersama kenangan lalu. Si Comot sendiri tidak pernah mencari lagi rasa itu. Buat dirinya rasa itu telah mati. 

Cinta yang datang silih berganti mengetuk jendela perasaan Si Comot. 
Namun tidak pernah dia pedulikan lagi. Kerana dia takut dengan bayang-bayang silam. Apatah lagi dengan trauma kasih sayang buat dirinya. 
Bukan tiada insan yang datang cuba meraih perhatian Si Comot, segalanya umpama angin yang bertiup sahaja buat dirinya. Buat Si Comot, dia masih belum bertemu insan yang benar-benar mampu meyakinkan dirinya kembali tentang cinta dan kasih sayang.
Dia tahu, mereka yang hadir sekadar mahu menguji sejauh mana ego dan kedinginannya. Bukanlah dengan rasa ikhlas dan benar-benar suka dan sayangkan dirinya. 

Namun, masa terus berlalu. Sang Arjuna mampu dihalau dari ingatan dan memori sedihnya. 
Tatkala itu jugalah seorang insan ini datang mengusik debar hati Si Comot. Perwatakan dan keperibadian Jejaka mencuit rasa egonya seolah-olah menghangatkan rasa beku jiwanya. 
Tapi Si Comot tiada keberanian dan keyakinan tentang rasa itu. Apatah lagi mahu dibandingkan dengan Jejaka terasa tidak layak buat Si Comot mendampinginya. 

Apa yang Si Comot rasakan dipendam sahaja. Rasa suka pada Jejaka tidak pernah disuarakan. 
Bagi Si Comot tidak mungkin Jejaka suka pada gadis sepertinya.
Iyalah, Si Comot sekadar gadis biasa yang berpewatakan garang dan kasar walaupun ramai yang mengatakan wajah Si Comot tidak menggambarkan watak sebenar dirinya. 
Angan-angan disulam sendiri buat Jejaka bagai memintal bahagia dalam diam. 
Si Comot bagai mengharap suatu hari Jejaka akan suka padanya. Melihatkan layanan Jejaka buatnya boleh dikatakan Jejaka juga punya secebis rasa buat Si Comot.

Apa terjadi antara Jejaka dan Si Comot? Adakah mereka akhirnya bersatu?

Okey....bersambung lagi...hehe next time aku cerita lagi yer. Now bagi suspen lagi.=)

Thursday, December 8, 2011

Si Comot

Hello dear friends!!!! (cewahh!!!ala-ala selebriti giteww)….
Lama juga tak post ape-ape kat laman ni….Agak bersawang jugak lah yer…Nama pun laman sesawang katanyeee….hehehehe…
Anyway aku just nak share sebuah cerita di sini…
Ini sebuah kisah seorang gadis, Si Comot nama diberi..Kenapa nama dia Comot??Sebab…bukan nama sebenar…hahaha dan dia memang agak comot orangnya. Simple and sempoi….cayalahhhh!!hehe
Perjalanan hidupnya tak seindah biasa…namun Si Comot teruskan melangkah sungguh berkali tersungkur…*macam lagu tema Bersama Mu pulak…hehe*
Si Comot mungkin boleh aku gambarkan seorang yang tabah dan kuat dalam mengharungi kehidupannya sendiri.
Hidup Si Comot penuh liku…Namun dia masih mampu tersenyum dan bergelak ketawa. Secara zahir mereka melihat Si Comot seorang yang gembira seperti tiada masalah bagi dirinya. Hatinya??Batinnya?? Tak siapa pun tahu tentang itu, mata kasar mereka hanya melihat senyuman plastik itu…Gelak tawa bahagia yang direka mengaburi pandangan.
Suatu ketika, Si Comot punyai semangat sokongan dari insan yang benar-benar menyayanginya. Bagi Si Comot itu sudah cukup untuk dia menongkah liku-liku hidupnya.
Biar beribu dugaan yang tiba mahupun berjuta halangan dihadapannya, dia tetap gagah dan segak melangkah.
Namun kini, insan itu telah pergi meninggalkan dirinya sendiri lagi. Si Comot umpama lelayang yang terputus tali.
Hidup bagaikan boneka yang tidak punyai apa-apa perasaan. Puas sudah baginya menangis dalam sendiri. Air mata itu tidak pernah terlihat oleh sesiapa pun. Walau pahit dan luka sedalam mana pun tidak pernah Si Comot tunjukkan.
Dia tidak mahu tampak lemah dihadapan semua. Bagi Si Comot, dia tidak mahu dicemuh dan dihina lagi. Pernah suatu ketika dahulu, dirinya dicemuh dan dianggap mahu menagih simpati. Sedangkan niatnya sekadar menumpahkan rasa hati pada teman yang dipercayai. Kepercayaannya dikhianati.
Dosa apakah Si Comot? Salah apakah Si Comot? Kini, tiada lagi rasa percaya pada sesiapa melainkan dirinya.
Ketabahan dan kecekalan jiwanya mendidik hati Si Comot lebih keras dari batu malahan lebih padu dari besi waja. Kini, Si Comot juga seolah-olah trauma dengan kasih sayang dan juga cinta. Perkara itu terlalu memedihkan dan memilukan dirinya.
Cinta?? Pernah suatu masa dahulu hatinya diketuk oleh Sang Arjuna. Kejayaan Sang Arjuna dalam meraih hati Si Comot boleh dikatakan dia seorang yang hebat.
Apa tidaknya, Sang Arjuna mampu meleburkan hati Si Comot yang beku lagi dingin mengalahkan Iceberg di Kutub Utara. Walaupun mengambil masa yang agak lama namun, usaha dan kesungguhan Sang Arjuna mampu meruntuhkan tembok Berlin Si Comot. Bukan paras rupa menjadi ukuran buat Si Comot, tapi keikhlasan,kejujuran, kesungguhan dan kesefahaman menjadi asas utama dalam perhubungan.
Piala kemenangan Sang Arjuna adalah sekeping hati milik Si Comot bersama rasa cinta dan sayang yang tidak berbelah bahagi buat Sang Arjuna. Segala yang dilalui Si Comot pada ketika itu indah dan bahagia. Hari-hari yang berlalu menjadi lebih bersinar dan bersemangat. Senyuman indah tidak pernah lekang dari bibir mungilnya menambahkan keserian wajah keanak-anakannya.
Apakah yang masih tinggal pada Si Comot kini? Bagaimanakah hari-hari yang dilalui oleh Si Comot? Dimana tercampak jiwa dan hati Si Comot?
Haa...nanti aku sambung bercerita lagi okey? Saje nak buat suspen buat pembaca. Tunggu yer sambungan kisah Si Comot. Terima kasih juga kerana menziarahi laman aku yang agak bersawang ini..hehe