Wallaahhhh...!!!yeah!! Akhirnya ada juga masa
untuk aku sambung cerita kat sini. Fuhhhh....~
Penat bertungkus lumus menyiapkan assignment yang
membukit dan menggunung...hahaha
Okey let me continue the
story...jengg..jengg..jengg...
*ada yang baca rupanya...hahaha*
Tulisan yang lepas aku gambarkan perwatakan Si
Loji. Mungkin tatkala itu sikapnya memang agak keterlaluan (katanyeee..) kini
telah berubah mungkin kerana petunjuk dari ALLAH..
Alhamdulillah masih ada
pintu taubat buatnya.
Syukurlah kerana Si Loji sempat bertaubat sebelum ajal.
Dahulu teman lama mengatakan sikap Si Loji yang seakan kena penyakit meroyan
(kasihan...) tidak perlu dilayan.
Itu memang modal ayat teman lama (hahaha...).
Teman yang berubah menjadi musuh dalam selimut amat menyakitkan lebih pedih
dari putus cinta. Namun itulah hakikat kehidupan yang perlu Si Comot hadapi.
Pada ketika itu semua menuding jari pesalah adalah Si Comot.
Kata-kata yang
keluar semua dusta sahaja. Dunia ini memang tidak pernah adil namun yakin kuasa
ALLAH lebih besar dan hanya ALLAH yang mampu membalas segalanya. Si Comot redha
dan ikhlas dengan apa yang terjadi.
“Sesungguhnya balasan Ku (ALLAH) amat pedih...”
Kadangkala Si Comot tidak mengerti dengan aqal
manusia yang hanya tahu menerima dirinya benar dari segala sudut.
Jika ALLAH
mampu melayarkan kembali peristiwa yang lepas pasti makhluk-makhluk ini sedar
kembali. Sesungguhnya hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI tentang apa yang
terjadi. Dugaan yang Si Comot terima dianggap sebagai ujian ALLAH tanda ALLAH
sayang akan dirinya. Pabila kita berbuat baik, mulut-mulut busuk ini sering
berkata
“ Eleh, saje nak tunjuk baik lah tu. Padahal bukan baik mana pun. Aku
tahu lah dia tu memang tak bagus pun”.
Tapi pabila berbuat kurang baik dikata
juga
“ Hmm..memang dah tahu dia tuh bukan orang yang baik. Nasib baik aku tahu
dari Si Polan.”
Begitulah kehidupan yang saban hari tidak pernah berubah. Jika perubahan
dilakukan mulut-mulut nista ini takkan hentinya mengata.
Seorang ulama pernah berkata
“ Mereka ini tidak
pernah puas dan redha dengan hidupnya sebagaimana ALLAH tidak redha padanya.”
Ucapan maaf dari teman lama dan Si Loji tidak lah
seikhlas dan sejujurnya. Ia hanya ungkapan mengindah halwa pendengaran.
Sejauh
mana mereka mampu terus berlakon?? Hidup ini bukan sentiasa di atas. Lakonan
mereka cukup hebat. Dugaan cukup hebat walaupun tiada apa-apa hubungan antara
teman lama dan Si Comot. Gangguan dari Si Loji tidak pernah putus bagai terserang
sakit mental lagaknya.
Sesungguhnya ALLAH MAHA BESAR dan memang bukan teman
lama calon imam pemimpin ummah buat Si Comot.
Si Comot pula dituduh menjaja cerita sedangkan si
tukang jaja tidak pernah mencerminkan diri (mungkin cermin dah pecah tak mampu
nak terima imej yang busuk...*ada ayat lain??*).
Sanggup Si loji dulu menjadi
stalker yang tegar (kelakar sebab menafikan diri dan tuduh orang lain) tapi
yelah, tak ada bukti.
Fact without evidence just like rubbish and who cares.
Seorang ulama pernah mengatakan bahawa diri kita
bukan seperti Nabi atau Rasul mahupun Malaikat yang tercipta maksum. Namun kita
harus berusaha menjadi HambaNya yang terbaik semampu kita. Hukum yang ALLAH
keluarkan harus kita yakin dan percaya. Kerana yakin dan percaya adalah kunci
keimanan. Jika ALLAH berfirman sebegitu harus kita fikirkan dan yakin, tidak
bermakna kita mengadili namun kita beriman dengan apa yang ALLAH janjikan.
Si Comot tidak pernah peduli dengan omongan kosong
dan bicara-bicara dusta yang hanya tahu mempertahankan diri sendiri dan
menyalahkan orang lain.
Masing-masing berhak untuk berkata-kata. Namun adakah
kata-kata itu benar atau bathil?? Terpulang pada diri sendiri kerana ALLAH
sentiasa tahu.
Jika dengan diri sendiri tak mampu untuk jujur, nescaya pada
ALLAH juga dia menipu. Bagi Si Comot mungkin dia bukanlah Hamba yang baik dan
solehah namun demi mengejar cinta ALLAH, dia berusaha merubah apa yang
termampu.
Si Comot pernah terbaca dalam sebuah buku yang
mengatakan
“jangan kau kejar cinta insani yang nyata dusta dan tidak kekal.
Kejarlah cinta ALLAH kerana cintaNya kekal dan ikhlas. Sesungguhnya cinta ALLAH
itu pasti bahagia.”
Buat mereka yang masih berdiri dihadapan cermin
namun terus menipu dengan imej yang terpantul, Si Comot berpesan agar sedarlah
dari mimpi dan angan-angan indah sendiri.
Menilai diri sendiri hebat dan masih
menuding jari pada kesilapan orang lain.
Dugaan yang datang silih berganti
menguji tahap keimanan seseorang Hamba. Yakin dan beriman pada janji ALLAH,
insya allah tenang hati-hati insan.
Kini, kehidupan Si Comot perlu diteruskan demi
amanah dan tanggungjawap yang tergalas dibahunya. Biarlah ribut dan badai
melanda, Si Comot tetap yakin dengan kasih ALLAH buatnya.
Hanya pada ALLAH
tempat Si Comot meminta dan mengadu kerana ALLAH MAHA MENDENGAR lagi MAHA
MENGETAHUI. Dan doa-doa orang yang teraniaya sentiasa didengar ALLAH.
Si Comot
sentiasa mendoakan kebaikan buat mereka-mereka yang menganiya dirinya dan hanya
ALLAH yang tahu balasan buat mereka.
Kadangkala tidak perlu tunggu di akhirat
balasan itu tiba di dunia juga ALLAH telah berikan. Si Comot tidak kisah dengan
mulut-mulut busuk yang terus mengata kerana mulut-mulut ini tidak akan pernah
berhenti dari mengata selagi tiada hidayah dari ALLAH.
Marilah sama-sama kita
doakan agar mulut-mulut mereka berhenti sebelum ALLAH yang memberhentikan
nikmat berkata-kata buat mereka. Insya Allah.
Okeylah dah penat cerita. Hahaha jadi sesi
tazkirah pulak kali ni. Insya Allah lain masa aku kongsi lagi cerita.
Sudi-sudikanlah
untuk terus membaca walaupun sakit nak terima hakikat. Hukum ALLAH tak pernah
bohong jadi mari kita yakin ya...(^_^)
*Maaf yer...saya bukan ustazah mahupun hakim
mengadili manusia, tapi silalah rujuk pada ulama atau ilmuan agama jika kurang
pasti. Wallahu’alam
0 comments:
Post a Comment