Gedekkk...gedekkk...!!!Huh!!Sampai juga aku ke
ruangan ini kembali. Hehehe...
Penat aku selak-selak masa untuk tiba ke waktu
ini...
Maklumlah agak sibuk kalah Wakil Rakyat To Be...hahaha..
Di hujung-hujung
semester ni memang bersusun submission assignment aku.
Ini pun masih ada lagi
yang nak ditambah. Sungguhlah lecturer-lecturer aku ni terlebih rajin nak
tambah kerja yang dah sedia ada. *stress pun hadooo!!!*
Okeylah, aku nak sambung balik cerita Si Comot.
Kisah yang lepas macam ala-ala sessi motivasi lah jugak buat Si Comot.
Macam
tazkirah pun ada jugakk...hehehe.
Antara Si Comot dan teman lama takkan mungkin
jernih seperti sediakala.
Bagaikan sudah berpatah arang dengan teman lama
walaupun untuk kembali sebagai kawan.
Bagi Si Comot, dia tidak mahu mencemarkan
ikatan sebuah persahabatan dengan ketidak jujuran dan ketidak ikhlasan hati
seseorang itu.
Seorang pakar motivasi pernah mengatakan bahawa
bukan kuantiti
rakan yang menjadi ukuran namun, kualiti sebagai rakan lebih utama.
Langkah perlu diteruskan ke depan dan tidak perlu
untuk berpaling lagi. Walau apa yang terjadi pada Si Comot, dia tekad dengan
keputusannya.
Kenangan indah semalam umpama igauan ngeri buat Si Comot kini.
Cukup sudah kata-kata nista dan tuduhan-tuduhan liar buat dirinya. Untuk
berbaik semula tidak akan sama sekali. Tidak guna berbuat baik pada orang yang suka bermuka-muka (banyak betol muke dia...hahaha *muke tembok??muke lempeng??muke jamban??ade lagi?*). Cukup atas segala penipuan dan lakonan
yang tidak bermaruah selama ini dilayarkan pada Si Comot. Macam orang selalu
cakap
“Lu cakap tak serupa bikin lah...”.
Selepas segala yang terjadi, Si Comot belajar
melupakan kisah-kisah hitam itu.
Sedalam mana pun luka yang ditinggalkan, Si
Comot pasrah.
Rasulullah pernah berkata
“ Diam bukan bermakna kita salah,
berundur bukan bermakna kita kalah.”
Lebih baik Si Comot berdiam diri dari
terus melayan ragam manusia yang kurang matang, melatah tak bertempat.
Kehidupan yang dilalui Si Comot seperti biasa
dengan kesibukan yang dicari dan kepenatan yang memuaskan dirinya sendiri.
Bermulalah titik perkenalan Si Comot dan Jejaka tanpa disedari.
Seperti dialog
dalam sebuah cerita
“ Cinta itu hadir tanpa diundang dan tanpa kita sedari.
Cara apa dan bagaimana ia terpamer tidak kita pasti. Namun ianya ada dalam
sudut hati itu”.
Berbalik pada coretan yang sebelum ini tentang apa yang Si
Comot rasakan buat Jejaka. Ingat tak?Cuba tengok balik post yang sebelum ini
ya.(hehehe...)
Jejaka boleh dikategorikan umpama pakej yang
lengkap.
Punyai rupa yang menarik, seorang yang bijak, datang dari keluarga
yang berkedudukan, seorang yang begitu gentleman dan humble. Namun, itulah
jurang yang Si Comot bina sendiri buat dirinya.
Bagi Si Comot, dia tidak begitu
layak untuk menjadi pendamping Jejaka. Si Comot sedar akan kekurangan dirinya
sendiri, tak sia-sia cermin besar tu selalu dia tengok (hehehe...cermin dirilah
katakan..).
Namun ia sekadar angan-angan indah yang Si Comot
pintal sendiri.
Suatu hari Si Comot seakan merasakan bahawa Jejaka sudah punyai
pilihan hati. Telahan Si Comot tidak salah kerana selang beberapa hari sahaja
gossip mengenai status Jejaka yang bukan lagi single sampai ke pengatahuan Si
Comot.
Sungguh remuk dan berkecai lagi impiannya. Si Comot tetap tersenyum dan
gembira mendengarkannya namun hatinya tidak siapa tahu. Sedih?? Kecewa??
Si
Comot sendiri tidak pasti apa yang dirasakan. Selama dua tahun dia memendam
perasaan yang tidak pernah terluah. Dia redha lagi. Untuk menangis Si Comot
bagaikan tidak tahu bagaimana untuk menangis lagi.
Tiada air mata yang mampu
mengalir walau pedih dan sakit sekalipun yang dia rasakan. Hanya ALLAH yang
tahu siapa jodohnya kelak.
Dia percaya dan yakin pasti tiba waktunya.
Kini,
Si Comot masih tersenyum dan tertawa riang bersama teman-teman disisi yang
lebih berharga dalam hidupnya. Menghargai insan yang tahu menilai dan
menghargai erti persahabatan lebih berbaloi dan tidak ternilai dengan wang
ringgit.
Si Comot teringat suatu ungkapan yang bertulis
“ Hargailah orang yang
tahu menghargai dirimu dan hormatilah orang yang selayaknya dihormati.”
Teruskan mengukir senyuman itu Si Comot, kerana
senyuman itu mampu menghapus duka menghalau derita. Tertawalah dengan riang
agar terhibur jiwa yang lara.
Okeh, sampai sini dulu kisah Si Comot. Time to go.
Esok masih banyak lagi tugasan yang menanti.
Aku akan cuba cari masa untuk
sambung cerita ya. Have a great day u’olls..=)
0 comments:
Post a Comment