Haipppp!!!hehe...aku muncul lagi dengan sambungan
cerita lepas..Dah boleh buat drama bersiri pulak..haha
Okey lah aku tak nak banyak sangat mukadimah, mari
kita sambung bercerita.
Pada lembaran yang lepas aku berhenti bahagian Si
Comot yang punyai rasa buat Jejaka. Namun aku undurkan sedikit kejadian sebelum
bertemunya Jejaka.
Konflik yang berlaku antara Si Comot dan Sang Arjuna terjadi
sebelum Sang Arjuna bertemu gadis lain. Tatkala itu Si Comot sudah mula rasakan
kegoyahan dalam perhubungan mereka. Namun dipendam sahaja kerana Si Comot tidak
pasti akan rasa syak wasangkanya.
Diketika dirinya dalam keresahan, muncul
teman lama yang sudah lama tidak bersua. Teman yang dulunya sangat akrab di
zaman persekolahan tiba-tiba terputus kerana hilang jejak. Pernah Si Comot cuba
menghubungi kembali namun, usahanya gagal.
Ditakdirkan akhirnya mereka bertemu kembali dengan
bantuan kemudahan teknologi masa kini. Pertemuan yang tidak disangka
menggembirakan hati Si Comot.
Dalam pada dirinya sedang resah dengan perubahan
sikap Sang Arjuna, muncul sinar gembira buatnya. Persahabatan terjalin kembali.
Namun, tanpa diduga teman lama menaruh perasaan buat Si Comot. Menambahkan rasa
ragu buat dirinya.
Ditanya dan disoal duduk perkara sebenar yang melanda teman
lama akhirnya terjawap bahawa teman lama baru patah hati. Si Comot tidak mudah
menerima lamaran dari teman lama kerana takut ia sebagai batu loncatan sahaja.
Insan yang dulu bukan seperti insan yang sama buat Si Comot pada ketika itu.
Kerana insan mampu berubah mengikut masa.
Lantaran dari sikap Sang Arjuna yang mendiamkan
diri dengan agak lama, Si Comot akhirnya menerima lamaran teman lama.
Kata Si
Comot, dia menerima sebagai tempoh percubaan jika hubungan ini mampu diteruskan
dia akan menerima sepenuhnya teman lama. Tatkala masing-masing dalam tempoh
mengenali dan menyesuaikan diri, datang pula insan yang tak diundang
kehadirannya.
Pada asalnya timbul rasa belas buat makhluk tersebut namun,
setelah melihatkan tingkah dan sikap yang ditonjolkan dapat dikatakan umpama
orang gila talak.
Dia hadir bagaikan virus perosak yang tak mampu dihapuskan
kehadirannya kerana terlalu mengjengkelkan dan menjijikkan dengan sikapnya.
Pelbagai cara yang dilakukan oleh Si Loji
semata-mata tidak mampu menerima hakikat perpisahan mereka dan mahu merebut
kembali teman lama.
Dengan bangganya menceritakan aksi jijik yang pernah mereka
lakukan semata-mata ingin membenihkan rasa benci dalam diri Si Comot.
Pelbagai
cerita dijaja dan disogok demi merampas kembali teman lama. Sepanjang
perhubungan teman lama dan Si Comot, tidak pernah mereka mempunyai masalah atau
bertingkah.
Namun bila terjadinya pertingkahan antara mereka semuanya berpunca
dari Si Loji yang sering mencari jalan dan helahnya.
Kenapa namanya Si Loji??
Kerana sikapnya yang teruk ditambah dengan hatinya yang busuk dan kata-katanya
penuh nanah hasad dengki.
Si Comot cuba menjadi positif dengan bertenang
disetiap situasi yang menguji tahap kesabarannya.
Teman lama menuntut kesetiaan
dalam hubungan mereka namun teman lama sendiri tidak jujur dan setia pada Si
Comot.
Wajarkah itu dituntut?? Sejahat dan securang Si Comot sekadar bertemu
dengan Sang Arjuna atas dasar sebagai teman dan tidak pernah lebih dari itu.
Mereka bertemu setelah sekian lama tidak bersua muka menghabiskan masa bersama
dengan bercerita.
Namun, teman lama menodai rasa percaya Si Comot sendiri
dengan melanggaar janji setia mereka dengan bertemu Si Loji saban hari.
Setiap
masa mereka dihabiskan bersama sedangkan Si Comot dan Sang Arjuna bertemu
setelah tiga bulan tidak bersua muka.
Apa yang mengecewakan Si Comot apabila
teman lama dengan terang menipu dirinya sedangkan Si Comot tidak menipu teman
lama tentang pertemuannya dengan Sang Arjuna.
Adilkah perhubungan itu?? Si
Comot lebih banyak mengalah dengan perhubungan mereka.
Masa yang diluangkan buat teman lama lebih banyak
berbanding semasa hubungan Si Comot dan Sang Arjuna. Demi memperbetulkan
kesilapan dalam perhubungan Si Comot berkorban masa, wang ringgit dan segalanya
demi teman lama.
Namun pengorbanan Si Comot umpama sia-sia. Tatkala Si Loji
dengan bangga menceritakan perbuatan terkutuk mereka apabila mendapat tahu
teman lama bertemu ibu bapa Si Comot.
Dan Si Comot pula dilabel perampas.
Wajarkah itu semua terjadi?? Silap apakah Si Comot??
Hanya kerana Si Comot dan
Sang Arjuna pernah bertemu kembali dan itu dijadikan topik utama Si Comot
dijaja maruahnya dengan dikatakan perempuan murah?? Perampas?? Perempuan yang
tidak baik?? Kesilapan yang sekecil itu ternyata lebih besar berbanding
kelaknatan perbuatan Si Loji.
Banggakah menjadi penzina?? Seteruk dan sejahat
Si Comot tidak pernah sampai menjadi hamba yang dikutuk disisi Sang Pencipta.
Na’uzubillah.
Demi maruah dan hatinya yang telah dicalar dengan
hubungan yang sia-sia, Si Comot memutuskan untuk tidak lagi meneruskan.
Janji
manis dan kata-kata dari teman lama menjadi racun dan belati yang menghancurkan
segala yang dibina. Si Comot tidak mahu menjadi insan yang tidak bertamadun dan
tuli dengan bertingkah dan berebut sesama kaumnya untuk seorang lelaki. Si
Comot percaya dan yakin dengan firman ALLAH yang bermaksud :
“ Sesungguhnya
telah aku sediakan pasanganmu (jodohmu). Dan lelaki yang baik adalah untuk
wanita yang baik dan sebaliknya. Jika kamu seorang penzina, maka wanita untuk
mu juga dari kalangan penzina”.
Walau pada awalnya Si Comot mampu menerima segala
baik dan buruk teman lama, namun tidak lagi apabila teman lama tidak menghargai
dirinya.
Bukan kata-kata manis dan janji indah yang didambakan tapi kejujuran
dan ketulusan teman lama lebih utama dari masa silamnya.
Akhirnya perhubungan
itu tidak kemana. Teman lama tidak mahu hubungan ini putus begitu sahaja kerana
tekadnya pada Si Comot ingin berakhir dengan kegembiraan dan kebahagiaan.
Apa terjadi seterusnya? Adakah teman lama mampu
memujuk kembali perasaan Si Comot? Apa yang dilakukan Si Loji?
Okey bersambung lagi...haha penat cerita so berehat
sebentar bersama Kit Kat..hehe
0 comments:
Post a Comment