CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 9, 2011

Si Comot lagi

Helloooo there..!!!hehe macam pengacara rancangan pulak dah kan..
.Ok aku datang kembali. Macam iklan zaman kanak-kanak dulu...Tora Datang Lagi~
Aku nak sambung kembali cerita yang lepas tentang Si Comot. Korang seronok ke baca? Tak kisah lah seronok ataupun tak tapi aku akan sambung.

Si Comot masih lagi sendiri dalam menyusuri kehidupan sehariannya. Dia sengaja menyesakkan dirinya dengan timbunan kerja yang tidak pernah usai. 
Si Comot lebih rela melalui tekanan kerja dari dia terus bersedih dengan apa yang telah berlaku. Demi melupakan segala kepahitan dan kesedihan, Si Comot sengaja menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti dan kerja. Kalau tak ada kerja pun dia akan cari benda-benda yang boleh dilakukan. 
Apa yang penting dia tak mahu dirinya mengingati masa lalu. Dia mahu bangkit dan teruskan hidup.

Ingat pada Sang Arjuna? Cinta mereka berakhir kerana tiada rasa sefahaman lagi. 
Si Comot yang sentiasa sibuk sehingga tiada masa yang cukup untuk Sang Arjuna menjadi topik buat Sang Arjuna menyalahkan Si Comot. 
Namun Sang Arjuna tidak tahu sebab dan situasai sebenar Si Comot. Sekuat mana pun Si Comot cuba pertahankan cinta mereka Sang Arjuna tetap dengan keputusannya. Si Comot yakin Sang Arjuna masih sayang dan cintakan dia. 
Pabila hadirnya insan ketiga memusnahkan segala yang pernah dibina. Si Comot pasrah dan dengan rela melepaskan rasa cinta dan kasih buat Sang Arjuna. 
Bertitik tolakkan itulah Si Comot sukar menemukan kembali hatinya. Ia umpama pergi dan hancur bersama kenangan lalu. Si Comot sendiri tidak pernah mencari lagi rasa itu. Buat dirinya rasa itu telah mati. 

Cinta yang datang silih berganti mengetuk jendela perasaan Si Comot. 
Namun tidak pernah dia pedulikan lagi. Kerana dia takut dengan bayang-bayang silam. Apatah lagi dengan trauma kasih sayang buat dirinya. 
Bukan tiada insan yang datang cuba meraih perhatian Si Comot, segalanya umpama angin yang bertiup sahaja buat dirinya. Buat Si Comot, dia masih belum bertemu insan yang benar-benar mampu meyakinkan dirinya kembali tentang cinta dan kasih sayang.
Dia tahu, mereka yang hadir sekadar mahu menguji sejauh mana ego dan kedinginannya. Bukanlah dengan rasa ikhlas dan benar-benar suka dan sayangkan dirinya. 

Namun, masa terus berlalu. Sang Arjuna mampu dihalau dari ingatan dan memori sedihnya. 
Tatkala itu jugalah seorang insan ini datang mengusik debar hati Si Comot. Perwatakan dan keperibadian Jejaka mencuit rasa egonya seolah-olah menghangatkan rasa beku jiwanya. 
Tapi Si Comot tiada keberanian dan keyakinan tentang rasa itu. Apatah lagi mahu dibandingkan dengan Jejaka terasa tidak layak buat Si Comot mendampinginya. 

Apa yang Si Comot rasakan dipendam sahaja. Rasa suka pada Jejaka tidak pernah disuarakan. 
Bagi Si Comot tidak mungkin Jejaka suka pada gadis sepertinya.
Iyalah, Si Comot sekadar gadis biasa yang berpewatakan garang dan kasar walaupun ramai yang mengatakan wajah Si Comot tidak menggambarkan watak sebenar dirinya. 
Angan-angan disulam sendiri buat Jejaka bagai memintal bahagia dalam diam. 
Si Comot bagai mengharap suatu hari Jejaka akan suka padanya. Melihatkan layanan Jejaka buatnya boleh dikatakan Jejaka juga punya secebis rasa buat Si Comot.

Apa terjadi antara Jejaka dan Si Comot? Adakah mereka akhirnya bersatu?

Okey....bersambung lagi...hehe next time aku cerita lagi yer. Now bagi suspen lagi.=)

0 comments: