CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 8, 2011

Si Comot

Hello dear friends!!!! (cewahh!!!ala-ala selebriti giteww)….
Lama juga tak post ape-ape kat laman ni….Agak bersawang jugak lah yer…Nama pun laman sesawang katanyeee….hehehehe…
Anyway aku just nak share sebuah cerita di sini…
Ini sebuah kisah seorang gadis, Si Comot nama diberi..Kenapa nama dia Comot??Sebab…bukan nama sebenar…hahaha dan dia memang agak comot orangnya. Simple and sempoi….cayalahhhh!!hehe
Perjalanan hidupnya tak seindah biasa…namun Si Comot teruskan melangkah sungguh berkali tersungkur…*macam lagu tema Bersama Mu pulak…hehe*
Si Comot mungkin boleh aku gambarkan seorang yang tabah dan kuat dalam mengharungi kehidupannya sendiri.
Hidup Si Comot penuh liku…Namun dia masih mampu tersenyum dan bergelak ketawa. Secara zahir mereka melihat Si Comot seorang yang gembira seperti tiada masalah bagi dirinya. Hatinya??Batinnya?? Tak siapa pun tahu tentang itu, mata kasar mereka hanya melihat senyuman plastik itu…Gelak tawa bahagia yang direka mengaburi pandangan.
Suatu ketika, Si Comot punyai semangat sokongan dari insan yang benar-benar menyayanginya. Bagi Si Comot itu sudah cukup untuk dia menongkah liku-liku hidupnya.
Biar beribu dugaan yang tiba mahupun berjuta halangan dihadapannya, dia tetap gagah dan segak melangkah.
Namun kini, insan itu telah pergi meninggalkan dirinya sendiri lagi. Si Comot umpama lelayang yang terputus tali.
Hidup bagaikan boneka yang tidak punyai apa-apa perasaan. Puas sudah baginya menangis dalam sendiri. Air mata itu tidak pernah terlihat oleh sesiapa pun. Walau pahit dan luka sedalam mana pun tidak pernah Si Comot tunjukkan.
Dia tidak mahu tampak lemah dihadapan semua. Bagi Si Comot, dia tidak mahu dicemuh dan dihina lagi. Pernah suatu ketika dahulu, dirinya dicemuh dan dianggap mahu menagih simpati. Sedangkan niatnya sekadar menumpahkan rasa hati pada teman yang dipercayai. Kepercayaannya dikhianati.
Dosa apakah Si Comot? Salah apakah Si Comot? Kini, tiada lagi rasa percaya pada sesiapa melainkan dirinya.
Ketabahan dan kecekalan jiwanya mendidik hati Si Comot lebih keras dari batu malahan lebih padu dari besi waja. Kini, Si Comot juga seolah-olah trauma dengan kasih sayang dan juga cinta. Perkara itu terlalu memedihkan dan memilukan dirinya.
Cinta?? Pernah suatu masa dahulu hatinya diketuk oleh Sang Arjuna. Kejayaan Sang Arjuna dalam meraih hati Si Comot boleh dikatakan dia seorang yang hebat.
Apa tidaknya, Sang Arjuna mampu meleburkan hati Si Comot yang beku lagi dingin mengalahkan Iceberg di Kutub Utara. Walaupun mengambil masa yang agak lama namun, usaha dan kesungguhan Sang Arjuna mampu meruntuhkan tembok Berlin Si Comot. Bukan paras rupa menjadi ukuran buat Si Comot, tapi keikhlasan,kejujuran, kesungguhan dan kesefahaman menjadi asas utama dalam perhubungan.
Piala kemenangan Sang Arjuna adalah sekeping hati milik Si Comot bersama rasa cinta dan sayang yang tidak berbelah bahagi buat Sang Arjuna. Segala yang dilalui Si Comot pada ketika itu indah dan bahagia. Hari-hari yang berlalu menjadi lebih bersinar dan bersemangat. Senyuman indah tidak pernah lekang dari bibir mungilnya menambahkan keserian wajah keanak-anakannya.
Apakah yang masih tinggal pada Si Comot kini? Bagaimanakah hari-hari yang dilalui oleh Si Comot? Dimana tercampak jiwa dan hati Si Comot?
Haa...nanti aku sambung bercerita lagi okey? Saje nak buat suspen buat pembaca. Tunggu yer sambungan kisah Si Comot. Terima kasih juga kerana menziarahi laman aku yang agak bersawang ini..hehe

0 comments: