CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 25, 2011

Masa yang berlalu

Hi there!!*cewahh...ala-ala miss universe giteww**.
Anyway agak lama juga aku tidak meng-hapdate blog.Adalah sebab musabab teknikal yang memang diluar bidang kuasa aku.Tapi last-last atas ke-genius-an aku maka dapat juga aku cilok nak tulis kat sini...*hehe bangga sambil kembang idong!!*

Diam tak diam akhirnya dah empat bulan lebih juga aku bekerja dengan syarikat ni.Sekarang ni aku rasa sayang pula nak berhenti.Kalau tak sebabkan aku memang belum habis lagi aku nak stay je kat sini.Best tak hengat wooo...keadaan sekeliling yang happening.Tapi kena jugalah sambung kembali sisa-sisa pengajian aku yang tinggal demi segulung ijazah yang menjadi harapan orang tua yang aku cintai.*aku rindu mereka!!*

Banyak pengalaman yang aku timba sepanjang aku bekerja kat sini.Al-maklumlah den ni budak baru belajar..hehehe *aku memang sentiasa muda..haha!!*
So far memang semuanya menyeronokkan.Ada juga part yang tak berapa nak best macam kerja banyak pastu masa rehat tak cukup.Tapi itu semua normal bagi orang yang bekerja.Bagi aku tiada masalah sangat sebabnya time study pun aku dah memang busy manjang.Bak kata ayah aku 'mengalahkan Yang Berhormat!!'*haha...hamik ko setepek!!*

Apapun aku juga rindu dengan zaman belajar yang dah berbulan ditinggalkan.Masa nak berfoya-foya dengan all girlfriends aku...masa nak buat nakal...masa nak sport dengan team-mate...dan macam-macam lagi.*banyak betol aktiviti songsang aku kan..*

Waktu belajar nilah waktu nak jumpa dengan kawan-kawan.Bila dah bekerja memang dah takda life sgt dah.Semuanya tentang kerja dan kerja saje.haiishhh...memang agak bosan jugak.*demi duit!!haha blink-blink*

By the way...aku sangat happy dengan apa yang aku dah lalui sepanjang empat bulan lebih ni.Yang manis menjadi suatu memori indah dan yang pahit menjadi suatu kenangan yang rapi.Hopefully you all juga happy dengan kehidupan yang dilalui.Walaupun pahit dan perit jangan lupa untuk gembirakan hati mu.Insya Allah pasti ada ganjaran dan hikmah yang Allah selitkan dalam perjalanan hidup ini.Semoga kita sama-sama menjadi insan yang tabah dan hamba yang beriman.Amiiinnn...

0 comments: