Salam 1 Malaysia...
*Ewahhh!!Semangat kenegaraan giteww...~
Eh!!Harussslaaaaaa.....~**
Baiklah, setelah sekian lama menyepikan diri dan
menyawangkan lagi laman sesawang ini maka barulah aku punyai masa untuk
menyinggah sebentar. Al-maklumlah kehidupan seorang pelajar agak sibuk juga.
Bukan orang yang bekerjaya sahaja okeyyy~
Anyway, this is my last semester as a university
student. Yayyyy!!!! I will done all my student life and start a new life as a
carrier women..!!*ouuchhh~ perasan dah besar sangat pulak!!
But, at the same time its a time to say Sayonara to
all my friends and my lovely life there. It will be a best memory for
me. Even a lot of pain inside but I’m still felt it was the best.
Teman-teman
seperjuangan yang senantiasa ada dikala sukar, duka, manis, dan bahagia. Aku
memang tidak punyai ramai rakan. Kerna mungkin aku yang terlalu berhati-hati
dan sukar mempercayai insan lain dimuka bumi ini. Pengalaman lampau banyak
mengajar aku tentang erti kepercayaan dan kejujuran. Pada pandangan aku,
bilangan rakan-rakan yang kita miliki bukanlah ukuran. Tetapi yang lebih
penting adalah kualiti rakan-rakan yang akan berada disamping kita.
Rakan-rakan:
Adakah sekadar
tempat melepas rasa kesunyian?
Adakah sekadar
pelampias kedesakan?
Atau adakah
sekadar mempergunakan?
Nilai sendiri
dimana nilai kita sebagai rakan pada rakan kita.
Rakan-rakan
yang aku miliki bukanlah sekadar untuk aku lepaskan rasa, mahupun sekadar
mengisi kekosongan. Cuma kadangkala aku akan rasa terpinggir tatkala
masing-masing punyai teman istimewa dan rakan lain yang mungkin lebih memahami
isi hati dan kehendak mereka.
Sungguhpun begitu aku masih rasa bersyukur dan
sayangkan rakan-rakan disekeliling aku. Aku amat menghargai kehadiran mereka
sungguhpun aku tak tahu adakah aku berharga disamping mereka.
Kita takkan
mampu untuk memuaskan hati tiap orang yang kita kenali dan sayangi. Namun, aku
lakukan sehabis baik dan semampu aku untuk menghargai kehadiran mereka. Mungkin
ada yang berfikir aku seolah-olah tamak dengan kasih sayang. Mungkin jua benar,
namun kita takkan pernah terfikir bagaimana andai kasih sayang yang amat
bernilai dari hidup kita ditarik balik. Dan kita sendiri takkan tahu apakah
yang akan kita lakukan kelak.
Adakah sikap kita akan berubah?
Adakah perasaan
dalaman kita akan mengubah?
Dan adakah kita akan menjadi lebih sensitif atau
hilang perasaan?
Setiap orang
didunia ini dilahirkan dengan jalan cerita dan nasib yang berbeda. Mungkin kita
lupa tentang perkara sebegitu. Sungguhpun begitu, terpulang pada kekuatan,
ketabahan, dan kecekalan individu itu dalam menyusuri liku dan onak laluannya.
Memang hidup ini takkan seindah yang kita impikan. Namun, kita harus berusaha
untuk mengindahkan sendiri kehidupan ini.
Sahabat ku
pernah menghadiahkan sebuah buku yang sangat berharga dan bermakna untuk aku
jadikan motivasi diri.
Buku yang bertajuk “Senyumlah” karya Syed Alwi Al-Atas.
Senyuman penawar segala kedukaan dan penawar kesakitan hati. Apa jua yang
berlaku, senyumlah walaupun ianya pahit untuk kita telan. Senyumlah walau kita
disakiti, walau kita dikhianati, walau kita dizalimi.
Kerna Allah Maha
Mengetahui apa yang berlaku. Dugaan yang Dia berikan adalah sebagai ukuran
keimanan kita terhadapNya. Percaya dan beriman dengan balasan dan janji Allah.
Setiap yang berlaku itu karma. Andai hari ini kita disakiti, dikhianati,
ditinggalkan, ditipu atau sebagainya pasti suatu hari nanti akan ada ganjaran
buat kita.
Janganlah kita mengeluh atau menyalahkan takdir dengan apa yang
berlaku.
Kerna itu, aku
senantiasa tersenyum walau apa yang berlaku.
Walau rakan-rakan melupakan aku.
Walau begitu banyak dugaan dan cabaran yang aku terima.
Kerna aku hanya punyai
senyuman sebagai penawar. Sungguh senyuman ku tak semanis wanita tercantik
didunia, namun senyuman ku ikhlas seindah kesempunaan ciptaan Ilahi.
0 comments:
Post a Comment